UNIVERSITY OF NOTTINGHAM-Seorang Professor kegemaran di universiti ini iaitu Profesor Martyn Poliakoff, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-63 pada 16 disember tahun lalu. Sebagai tanda penghargaan kepada jasa beliau untuk universiti ini, pihak universiti telah memberikan satu hadiah yang sangat istimewa untuknya. Periodic Table atau Jadual Berkala unsur terkecil di dunia disemadikan di atas sehelai rambutnya!
Profesor Poliakoff yang telah mengabdikan dirinya untuk universiti itu sebagai Research Professor dalam bidang kimia. beliau juga adalag seorang pensyarah yang popular dan disegani dikalangan pelajar. Oleh kerana minat dan jasanya yang banyak terhadap bidang kimia, Periodic Table iaitu asas kepada kimia moden ini telah dijadikan hadiah teristimewa buat beliau…
Jadual ini bersaiz 100 mikron panjang dan 50 mikron lebar. kepada yang tak faham mikron tu apa, 1 mikron adalah bersamaan 1 milimeter dibahagikan dengan 1000. so, pandai-pandai la nak agak ye…
Penulis teringin nak ajak Admin ke University of Notthingham untuk tulis selangor2u.com pula kat rambut… untuk tujuan promosi haha
gambar di atas, profesor Poliakoff……masih tertanya-tanya kenapa rambut menjadi pilihan??? haha
P/S: teringat masa penulis dibangku sekolah dulu… masa tu buku teks kimia cuma sampai unsur ke-110 je, belum ada Roentgenium (ke-111) dan Copernicium (ke-112).



13/01/2011 at 8:16 PM
aku sudah lupa mengenai ini…