Skrin OLED : Tahan Diketuk Tukul Besi

Skrin OLED : Tahan Diketuk Tukul Besi

Jika anda perasan, sudah banyak smartphone yang menggunakan teknologi OLED  iaitu organic light-emitting diode yang nipis dan tahan lasak. OLED merupakan satu Diod pemancar cahaya (LED) dimana lapisan electroluminescent yang terdiri dari sebatian organik akan memancarkan cahaya apabila terdapat respons dari arus elektrik. Sebatian tersebut adalah semikonduktor organik.

OLED EarlyProduct 250x250 Skrin OLED : Tahan Diketuk Tukul Besi

OLED mempunyai ketahanan yang tinggi dan diketahui adalah fleksibel dan boleh di lenturkan tidak seperti skrin LCD (Liquid crystal display) yang boleh pecah jika dilenturkan. LCD juga boleh pecah jika dijatuhkan pada ketinggian yang lebih dari spesifikasi yang ditetapkan.

Beberapa ujian telah dijalankan oleh sesetengah pihak untuk menguji ketahanan sebenar skrin OLED ini. Ternyata ianya memang tahan dan tak lut diketuk tukul. Jika terdapat calar tu memang normal. Cuma disini nak dikatakan yang skrin OLED ini masih boleh berfungsi dengan jayanya walaupun diketuk tukul berkali-kali.

s2u.my

OLED juga lebih nipis dari LCD membolehkan komputer atau gajet yang lebih nipis dapat dihasilkan. Antara pengeluar gajet yang mula menggunakan OLED adalah Samsung yang telah meningkatkan keupayaan OLED dengan teknologi mereka yang dipanggil Super AMOLED. Selain itu juga, Motorola telah mengimpliment teknologi ini pada smartfon mereka. Tidak ketinggalan juga HTC, Sony Ericsson dan Nokia.

Apabila difikirkan semula, mungkinkah laptop masa hadapan sebegini dapat dihasilkan?

5660002 tech future cmputer 250x250 Skrin OLED : Tahan Diketuk Tukul Besi

Future Laptop

Tidak mustahil kan.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , , ,

About mrAMIN

"the quieter you become, the more you can hear"

More in this category (Internet & Teknologi)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

One Response

  1. idea future laptop tue mmg canggih..

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*