Tips Memilih Sunglasses Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Tips Memilih Sunglasses Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Seperti yang kita tahu, ada macam-macam jenis sunglasses dekat pasaran. Ada yang macam cybercop, ada yang bulat,ada yang petak, ada yang bujur.Pendek kata banyak pilihan sunglasses yang kita boleh dapat.

Sebenarnya ada certain of styles of frame yang sesuai dengan bentuk muka kita. Sebelum nak beli sunglasses jom kenal pasti bentuk muka masing-masing supaya bila kita pakai sunglasses tak la nampak pelik. Bentuk muka terbahagi kepada empat iaitu bujur, bulat, petak dan berbentuk hati.

1- Muka Berbentuk Bujur

tips oval Tips Memilih Sunglasses Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Mereka yang memiliki bentuk muka bujur amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah. Salah satu bentuk sunglasses yang padan dengan muka bentu bujur ialah Aviator.

2-Muka Berbentuk Bulat

tips round Tips Memilih Sunglasses Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau coklat juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.

3-Muka Berbentuk Petak

tips square Tips Memilih Sunglasses Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Untuk wajah berbentuk empat segi atau petak, pilihan bingkai yang sesuai ialah yang berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.

4-Muka Berbentuk Hati

tips heart shape Tips Memilih Sunglasses Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau bersudut tajam dapat mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.

So lepas ni, kalau yang muka bulat jangan pilih bingkai bentuk bulat. Nanti jadi bulat kuasa dua. Sebelum tu, kat sini ada video How to Find the Perfect Sunglasses for Your Face Shape!

s2u.my

Akhir kata, selamat bersunglasses mengikut bentuk muka masing-masing!

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , , ,

About devotedlily

Perempuan yang sangat sukakan kecantikan. So, plz dont hate me coz im beautiful! Visit me here... Blog Comel! & Facebook.. Drop by some words =)

More in this category (Tahukah Anda?)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

3 Responses

  1. kalau spek yang kau pakai tu untuk jenis muka camne???

    Untuk jenis muka xberapa cun yea…kasi sorok terus muka…akkaa

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*