Sedang penulis mencari-cari bahan untuk ditulis, tiba-tiba ada terdengar tentang produk minyak kelapa dara ni ataupun dikenali juga sebagai Virgin Coconut Oil (VCO). Tak tahu la sangat apa yang bestnya tentang VCO ni, tapi penulis dengar ianya semakin menular dikalangan remaja-remaja. So, penulis pon memulakan pencarian sedikit sebanyak info tentang VCO ni, sebab dulu bapak penulis ada sebut-sebut jugak tentang kelapa dara ni.
Teknologi sekarang dah maju dan sebagainya membolehkan kelapa dara ni dimuatkan dalam bentuk softgel kapsul untuk memudahkan pengguna menelannya. Produk ini bukan lah spesifik hanya untuk wanita sahaja, malah kaum adam juga boleh mengamalkannya. Ia juga dikatakan sesuai untuk semua peringkat umur.
Diantara info yang penulis berjaya kumpulkan adalah seperti berikut:
- meningkatkan tenaga dan daya tahan badan
- melancarkan proses pencernaan
- melancarkan proses penyerapan nutrien-nutrien penting semasa penghadaman
- mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh
- meningkatkan penyerapan kalsium (bagus untuk perempuan terutama ibu yang mengandung)
- mengurangkan risiko sakit jantung
- menurunkan tekanan darah tinggi
- mengurangkan jerawat dan kulit muka berminyak
- membantu kitaran haid yang tidak teratur
- dan pelbagai lagi la….
Penulis sendiri pon tak tahu lah sejauh mana tahap keberkesanan produk ni, sbb penulis kurang menumpukan terhadap kecantikan hahaha
Dengar cerita, cik adik molek Irine Nadia Marcello pon guna… Btol ke?? Patut lah cun melecun je kan.
Kalau nak cari pengedar produk ni, bole lah melawat link dibawah, contact info pon ada kalau ada yang berminat.
http://honeybun-corner.blogspot.com/
Kredit Imej : Irine Nadia Blog






12/02/2011 at 5:02 PM
kalau dah memang cun pakai apa pon cun…huahua
Pesanan untuk penulis : Hang pakai la kelapa dara ke kelapa teruna ke xhensem dah sampai ketua….hahaha
12/02/2011 at 9:29 PM
@mazuki, agak pedas dicitu hahaha aku x minat sgt jd hensem, lelaki yg hensem or perempuan yg cntik lebih cenderung untuk curang lalala
P/S: hanya sekadar jenaka, tidak ada kenan mengena dgn mana2 individu
02/10/2011 at 2:49 AM
tapi minyak kelapa dara ni berbau kan? mcm hampas kelapa kena goreng..
My recent post Yang Benar
16/11/2011 at 7:16 PM
Minyak Kelapa Dara mmg ada sikit bau masam dan sikit tengik.. tapi taklah kuat sangat, terpulanglah pada pembuatnya yang jaga kualiti. Saya baru terima kbr dari sorg kawan, kalau ada sesiapa yang ada Gout, tolong cuba sapu ke tempat bengkak terutama kaki.. amalkan sapu dalam 2,3 hari. Tengok perubahan.. Keajaiban ciptaan Allah..
04/01/2012 at 12:24 PM
Saya berminat nak membeli minyak kelapa dara dlm bentuk softgel.
Adakah dia boleh merawat penyakit tongsil. Berapa harga sekotak.
20/01/2012 at 10:51 PM
Terima kasih atas entri yang berinformasi & bermanfaat untuk semua warg maya. Teruskan menulis & berkongsi entri mencerahkan sebegini. Maju terus.