Kelebihan Isteri yang Kurang Cantik

Kelebihan Isteri yang Kurang Cantik

Jangan risau jika isteri kita tidak berapa cantik. Cantik bukanlah segala-galanya. Yang penting baik budi pekerti.  Cantik pun kalau perangai tak elok pun tak guna jugak. Tengokla artis-artis sudahlah sebagai contoh. Penyudahannya bercerai jua. Tapi tak la semua macam tu kan. Tapi kebanyakannya. Kebanyakan artis-artis di Malaysia ni apa yang kurangnya.

Wajah ada, penampilan ada, duit ada. Boleh dikatakan semua cukup la. Apa yang kurang pada artis-artis tersebut? Mari kita lihat kelebihan-kelebihan isteri yang tak berapa nak cantik:

RAJIN

Isteri yang tidak berapa cantik ni, mereka agak rajin bekerja. Mereka tidak banyak mengharap. Tak perlu orang gaji. Tak seperti isteri cantik. Mereka takut kulit mereka gelap, takut tangan kasar dan macam-macam lagi la. Memasak pun takut tepercik minyak panas la. TETAPI, agak malang la kepada si suami yang beristeri tidak cantik tetapi isterinya malas.

LEBIH SELAMAT

Sebagai suami kepada golongan ini mereka juga akan berasa lega dan tidak perlu takut jika isteri kita curang. Peluang mereka untuk curang adalah tipis. Seperti contoh ketika bershopping, tidak ada yang akan mengorat isteri kita. Bila tiada yang nak mengenyit mata, tiadala yang nak mintak phone number, email dan sebagainya la.

KOS RENDAH

Boleh dikatakan begini kerana mereka tidak memerlukan banyak set kecantikan yang mahal-mahal. Cukup sekadar ada. Mereka tidak akan meminta untuk pergi ke salon yang mahal, rawatan spa, menyedut lemak, pembuangan selulit, pakaian branded dan macam-macam lagi lah. Senang kata mereka ini tidaklah cerewet dalam kecantikan.

LEBIH MENTAATI

Ramai yang mengatakan bahawa isteri yang cantik nih selalunya ego tinggi. Menafikan bahawa lelaki nih ketua dalam keluarga dan peratus yang tinggi untuk si isteri nih menjadi ‘Queen Control’. Selain itu, isteri-isteri yang cantik nih tidak risau kehilangan suami mereka kerana lebih ramai lelaki lagi menanti mereka di luar sana.

Walau apa pun, ini adalah pandangan sahaja. Tak semua isteri cantik tuh tak ada kebaikan. Tak semua isteri tak cantik tu baik sangat. Bagi si suami juga adalah penting. Tak guna beristeri tak cantik tapi terhegeh-hegeh kat perempuan muda yang cantik. Bagi isteri yang tak cantik juga haruslah anda menjaga penampilan anda. Jangan la kusut masai ja.  Tak cantik tuh anugerah Allah SWT tapi yang lain tuh boleh diubah. So ubahlah.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , ,

About farr1z

ಠ_ಠ Saya hero yang menjadi kegilaan gadis-gadis ಠ_ಠ

More in this category (Isu Cinta)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

3 Responses

  1. Saya tak pilih yang cantik,

    asalkan sedap mata memandang ja dah ok

  2. hmm~ cantik ke tak cantik ka tak jadi masalah.. yang penting sedap mata kita sendiri tengok.. cantik pon kalau kita tgk meluat ja tak guna jugak…

  3. aku lak rs diri tak lar cantik pun tapi member2 opis kata cantik sgt2 pulak…pelik gak aku telek2 kat cermin tgk mcm biase jer tak cantik pun…bl ry ada kwn2 suami,adik atau mak & abah dtg umah pun ckp aku cantik siap tanya pakai jenama cosmetik per…terbeliak mata aku coz pd aku…aku nie biasa2 jer tak cantik pun…mcm aku lak tak boleh pakai semua bahan cosmetik nak bg putih n gebukan kulit nanti bukannya jd gebu tp jd lebab…n kalo aku meak up tak kisah lar meak up sendiri atau meak up byr mesti muka jd mcm unta pakai hiasan kn gelak kaw2 gan suami aku jer…lawak jer…tah lar aku tak penh pun rs cantik n tak penah demand pun…

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*