Home » Variasi » Tahukah Anda? » Khasiat Yang Terkandung Dalam Nasi
Khasiat Yang Terkandung Dalam Nasi

Khasiat Yang Terkandung Dalam Nasi

NASI… merupakan salah satu makanan yang di geruni oleh mereka yang sedang berdiet malah  ada yang jadi anti-nasi. Memang nasi mengandungi tinggi sumber tenaga iaitu karbohidrat. Tanpa mengetahui khasiat sebenar nasi, setengah daripada kita mengatakan ‘makan nasi punca gemuk‘.

Untuk yang ‘mengharamkan‘ pengambilan nasi kerana nak diet, itu adalah SALAH sebab nasi sebenarnya ada banyak khasiat yang kita mungkin tak tahu.

Secara umumnya, berikut merupakan khasiat yang boleh diperoleh dari nasi:

Sumber Tenaga Utama: Oleh sebab beras kaya karbohidrat, ia bertindak sebagai bahan bakar untuk tubuh dan   membantu otak  untuk berfungsi  secara normal.

Rendah Kolestrol: Nasi sangat bagus untuk kesihatan, fakta mengatakan bahawa nasi tidak mengandungi lemak berbahaya, kolesterol atau sodium. Dan ini melengkapkan lagi program diet yang seimbang.

Kaya Vitamin: Nasi merupakan sumber yang kaya vitamin dan mineral seperti niasin, vitamin D, kalsium, serat,  zat besi, tiamin dan riboflavin.

Tekanan Darah Tinggi: Seperti yang kita tahu kandungan sodium (garam) dalam beras adalah rendah,  dan merupakan makanan terbaik bagi mereka yang  menderita  tekanan darah tinggi dan hipertensi.

Pencegahan Kanser: Beras gandum seperti beras perang kaya dengan serat larut yang  dapat melindungi daripada kanser. Banyak saintis percaya bahawa serat larut tersebut sangat penting untuk melindungi  tubuh daripada pembiakan sel kanser.

Cirit Birit: Bahagian kulit padi dianggap sebagai ubat yang berkesan untuk mengubati cirit birit. Sekam padi yang berusia lebih kurang tiga bulan mempunyai sifat diuretik. Orang Cina percaya bahawa beras sangat  meningkatkan nafsu makan, menyembuhkan penyakit perut dan gangguan pencernaan.

Kulit: Pengamal perubatan mengatakan serbuk/air beras boleh menyembuhkan beberapa penyakit kulit. Di India, air beras digunakan  oleh pengamal  ayurveda  sebagai  ’krim‘ yang berkesan  untuk menyejukkan permukaan kulit yang terbakar.

Beras Putih VS Beras Perang

brown rice Khasiat Yang Terkandung Dalam Nasi

Ramai yang beranggapan ‘beras perang atau beras putih, dua dua sama je. Yang penting, kenyang!’. Sebenarnya ada dua jenis beras iaitu:

  • Beras gandum/perang
  • Beras putih

Beras Putih

Kulit luarnya telah dibuang dan menyebabkan nilai gizi berkurangan. Jadi kekurangan beras putih ialah nutrisi pada beras putih termasuk fiber dan selulosa telah hilang kerana kulit lapisan luar yang telah dibuang.

Beras Perang

Beras perang ialah beras yang tidak dibuang kulit arinya. Kandungan minyak pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat membantu menurunkan kolesterol LDL. Beras perang mempunyai rasa seperti kacang dan lebih kenyal daripada beras putih. Beras perang mempunyai kualiti sebagai ubat. Antara kelebihan perubatan yang ada pada beras perang ialah:

  • Mempunyai selenium dan fiber yang bertindak sebagai anti-kanser.
  • Mengurangkan kolestrol dalam badan.
  • Sesuai dimakan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan.
  • Satu cawan beras perang memberikan anda 88 peratus magnesium yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
  • Mengurangi kesan penyakit kencing manis jenis ke-2.

Jadi, beras perang lebih berkhasiat kalau nak dibandingkan dengan beras putih yang kita selalu makan tu. Untuk yang berkemampuan dan mementingkan kesihatan bolehlah beralih kepada beras perang. Beras putih, bukan lah tak berkhasiat, tapi khasiatnya kurang berbanding beras perang.

8 comments

  1. Dahuku semasa di kampong,nenek aku selalu beri beras merah pada ayam ayam yang dia pelihara.Apakah beras yang aruah nenek aku berikan pada ayam itu lebih berkkhasiat dari beras yang putih berseh? Salah silap,kita pula nanti yang jadi ayam kampong!

  2. contoh brand beras perang yang ada kat pasaran sekarang apa ek devotedlily??

    • @farr1z, banyak la fariz… beras somaly, produk Nature's, HPA pon ade gak.. tak yah risau, senang dapat beras ni, almost semua super market ada jual.

      • @devotedlily, haha~ ok… tak pernah amik pot pon beras tuh warna apa… tau2 dah masak.. pastuh sebat ja makan terus~

  3. Kena mula makan beras perang..

  4. pada yang nak diet tu jangan la sampai tak makan nasik~

    exercise tu yang penting..

    jogging ka~

    bersukan ka~

    baru sihat..

    so majulah sukan untuk negara~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top