Home » Variasi » Tahukah Anda? » Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Mazlan oleh Mona Fendi
Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Mazlan oleh Mona Fendi

Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Mazlan oleh Mona Fendi

Tetiba hari ini sambil melayari internet terjumpa pasal Mona Fendi nih. Alkisahnya macam nih. Mona Fendi ni ialah seorang wanita yang terlibat dalam satu kes pembunuhan kejam 16 tahun lepas. Dia juga dikatakan seorang bomoh dan dalam pada masa yang sama seorang penyanyi.

Kejadian ini berlaku ketika saya sekolah rendah. Bukan main takut lagi masa tuh. Nak keluar rumah pun seram sejuk dibuatnya. Bagi sesiapa yang tak pernah dengar cerita pasal Mona Fendi nih boleh la menonton cerita Dukun. Cerita ini menceritakan kisah sebenar tentang Mona Fendi.

Pada tahun 1995, wajahnya sering keluar di dada akhbar dan jugak di televisyen. Melambai-lambai dan tersenyum memandang kamera. Senyumannya menjadi igauan saya ketika hendak tidur. Saya pasti ramai yang mengalami perasaan yang sama seperti saya.

14 Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Mazlan oleh Mona Fendi

22 500x183 Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Mazlan oleh Mona Fendi

Di dalam perbicaraan, ketiga-tiga tertuduh, Mona Fendi (kiri), Mohd Affandi Abdul Rahman (suami Mona Fendi), dan pembantu mereka Juraimi Hussin (kanan) didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh.

32 Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Mazlan oleh Mona Fendi

Mona Fendi jugak pernah menyanyi serta mengaku bahawa dirinya seorang penyanyi dan mengeluarkan album pada tahun 1993. Saya pun tidak pasti adakah ramai yang pernah mendengar lagu-lagunya. Saya sendiri pun tidak pernah mendengarnya.

41 500x176 Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Mazlan oleh Mona Fendi

Sewaktu perbicaraan, Mona Fendi mengaku tidak bersalah di dalam kes pembunuhan itu. Tetapi, setelah mempunyai bukti yang kukuh mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya iaitu gantung sampai mati dan ketika dijatuhi hukuman tersebut, dia sedikit pun tidak menangis malah tersenyum dan berkata ” Im very happy now “.

“Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman),” kata Juraimi

“Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan. Saya cuma minta maaf to God. I’m not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it ( merujuk pada Juraimi),” kata Mohamad Affandi

”Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad,” kata Mona Fendy

7 500x123 Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Mazlan oleh Mona Fendi

Kronologi Ringkas Kes Pembunuhan Datuk Mazlan Idris. [ADUN Negeri Pahang]

a) 1993- Mona Fendi , Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin ditangkap kerana disyaki membunuh Dato Mazlan dengan memotong mayatnya kepada 18 bahagian di sebuah rumah kosong.

b) 1995- Dibicarakan dan dijatuhi hukuman mati mandatori

c) 2001- Hukuman dilaksanakan 6:30 pagi, Jumaat, 2 November 2001.

8 500x572 Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Mazlan oleh Mona Fendi

Mona Fendi dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman telah disemadikan di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang, manakala pembantunya, Juraimi Hussin telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

9 Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Mazlan oleh Mona Fendi

Beberapa buah buku juga diterbitkan mengenai ilmu hitam yang digunakan dalam kehidupannya. Mona Fendi juga sememangnya popular dengan lagu Ratapan Anak. Dengar la lagu ini. Seram wehh~

10 500x345 Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Mazlan oleh Mona Fendi

selangor2u.com

credit to syedfauzi

One comment

  1. seram wehh tengok her face..

    adoii~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top