Seekor kucing yang berumur 14 tahun berada di pusat jagaan haiwan Blue Cross ini tidak dekehendaki hanya kerana dikatakan menyerupai watak musuh ketat Harry Potter iaitu He-Who-Must-Not-Be-Named Lord Voldemort. Charlie yang sebelum ini ditempatkan di pelbagai lagi pusat jagaan dikatakan tidak dikehendaki oleh mana-mana keluarga untuk diambil sebagai haiwan peliharaan. Disebabkan itu, Charlie kini hidup murung keseorangan didalam sangkarnya menantikan saat dia diambil oleh keluarga baru.
Telinga dan hidung Charlie terpaksa di buang kerana menghidapi kanser kulit beberapa tahun lalu. Charlie yang sebelum ini kucing tak bertuan merayau-rayau di lorong gelap sehingga lah seorang wanita menjumpainya dan membawanya berjumpa doktor haiwan. Wanita itu kemudian membawa Charlie pulang namun kurang disenangi oleh kucing-kucing dan anjing wanita tersebut.
Bermula pada hari itu lah charlie meneruskan hidup di pusat jagaan ke pusat jagaan yang lain. Staf di pusat jagaan itu turut berkata bahawa memanglah beliau menyerupai Voldemort yang dilakonkan oleh Ralph Fienne itu, tetapi disebalik wajah nya yang agak hodoh itu, Charlie adalah seekor kucing yang sangat manja.
Kini, Pusat Jagaan Blue Cross sedang mencari kanak-kanak yang meminati Filem blockbuster Harry Potter untuk mengambil Charlie sebagai haiwan peliharaan dan hanya itu sahaja lah harapan yang boleh diberi kepada Charlie setakat ini.


03/03/2011 at 4:46 AM
I want that cat!!!! Seriously!
03/03/2011 at 6:32 PM
@Michelle Lee, go get it!!!! hahaha
15/03/2011 at 1:45 AM
kesiannye muke dia..
urmm..
owg salahkn kucing tu..
dah takdir jd cm tu..
jgn biarkn kucing tu cm tu je..
kesiannye..
15/03/2011 at 8:58 AM
tak sama pon muka diorang~~
29/04/2012 at 3:00 PM
dalam pandai2 manusia ad bongaoknye jugak.. memang trlalu taksub dengan film…ad ke samakan dengan kucing,bongok……