Perlukah Panaskan Enjin Kenderaan Anda???

Ramai yang mungkin tidak tahu. Setiap pagi rata-rata orang di Malaysia mesti akan memanaskan enjin kereta. Sekurang-kurangnya 5 ke 10 minit. Ada yang lagi power sampai 15 minit. Start enjin kereta dulu, lepas tuh masuk rumah balik besiap-siap, makan dan baru memulakan perjalanan.

Sebenarnya teknik memanaskan enjin iaitu membiarkan enjin dalam keadaan ‘idling’ adalah tidak berfaedah. Di sesetengah negara, memanaskan enjin ditegah sama sekali. Seperti contoh, Kanada, Jepun, United Kingdom dan Amerika telah mengadakan kempen bagi kes ini.

The Canadian Office of Energy Efficiency mengatakan bahawa memanaskan enjin adalah dengan memandunya bukan dengan membiarkannya.  Oleh itu, cara yang paling efisyen adalah lepas menghidupkan enjin terus memandu untuk memanaskan enjin.

Kesannya  ia menyebabkan pembakaran bahanapi menjadi tidak sempurna. Pembakaran yang tidak lengkap memberikan kesan yang tidak baik kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu menhilangkan minyak pelincir pada  dinding silinder. Oleh itu, dinding silinder akan mengalami kehausan kerana minyak pelincir tiada di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga akan turun ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bercampur dengan minyak pelincir, sifat minyak pelincir  berubah dan  dan menjadi tidak efisyen.

Selain itu, palam pencucuh juga boleh mendapat masalah dengan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Apabila palam pencucuh tidak berada pada suhu sepatutnya ianya akan menjadi kotor. Kesan daripadanya adalah peningkatan penggunaan bahan api sebanyak 5%.

Palam Pencucuh

Kebiasaannya kenderaan akan mengeluarkan wap dari ekzos pada waktu pagi. Ia adalah wap air yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jika enjin dibiarkan dalam keadaan ‘idling’,  enjin akan mengambil masa yang lama untuk panas. Wap air juga berada lama di dalam sistem ekzos yang mana akan mempercepatkan proses pengkaratan paip ekzos.

Kenderaan seakrang kebiasaanya mempunyai Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Tujuannya adalah untuk mengurangkan level toksik hasil pembakaran sebuah enjin. Tugas komponen ini adalah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengasingkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Dengan itu, pencemaran udara dapat dikurangkan.

Keburukan memanaskan enjin dengan membiarkan kenderaan dalam keadaan idling sudah kita tahu iaitu membazir bahan api sekaligus membazirkan wang ringgit dan mencemarkan alam sekitar. Sekarang kita lihat kebaikan memanaskan enjin pula. Ada yang mengatakan  bahawa memanaskan enjin juga berfaedah. Antaranya ketika enjin dibiarkan lama, minyak pelincir akan mendap ke bahagian bawah enjin. Oleh itu adalah perlu untuk mengambil  masa untuk memanaskannya agar minyak pelincir itu naik dan pergi ke setiap penjuru dalaman enjin.

Pam Minyak Pelincir (Oil Pump)


Fakta di atas benar. Tetapi kita harus tahu bahawa setiap enjin mempunyai pam minyak pelincir (oil pump). Pam minyak pelincir dikuasakan oleh crankshaft yang berpusing. Semakin laju crankshaft berpusing semakin cepat pam minyak pelincir berpusing dan menyebarkan minyak pelincir ke setiap penjuru bahagian dalaman enjin. Adakah dengan membiarkan kereta idling dapat memberikan kelajuan terhadap pusingan crankshaft??? Sudah tentu tidak. Idling kenderaan biasanya 1000rpm. So, dalam keadaan kenderaan bergerak crankshaft dapat berpusing dengan lebih banyak. Oleh itu buat apa kita memanaskan enjin dalam keaadan idle. Tidakkah lagi bagus kita terus memulakan perjalanan. Minyak jimat. Masa kita pun tidak terbuang dengan menunggu.

7 thoughts on “Perlukah Panaskan Enjin Kenderaan Anda???

  1. tahu dah.. memang panaskan enjin tu mitos je.. tapi kalau kereta tahun 80-an mungkin perlu panaskan tapi takde lah sampai 5 minit pun. dlm beberapa saat dah boleh jalan…

    1. @maz, bro.. kalau tak confident boleh buat research yang mendalam lagi… kita boleh share kat sini~

  2. kalau kereta guna karburator macamana… kan akan tersengguk2 dan mati enjin… terutama kalau keluar parking yang ada ramp..

  3. Asskum dan slm sejahtera. pnaskn enjin mmg dh perlukan dh skrg ni. Keta skrg kbnyakkan gna injector. Start enjin, tggu dkt2 1 mint pastu jln r slow2 dlm 1-2 km pastu ok dah suhu enjin tu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *