Rekod Dunia: 365 Marathon Setahun

Rekod Dunia: 365 Marathon Setahun

Seorang warga Belgium telah memecahkan rekod dunia apabila menyudahkan marathonnya yang ke 365 dalam masa setahun! Ini bermakna beliau menyudahkan sesuatu marathon setiap hari (kepada yang tak tahu setahun itu 365 hari (kecuali tahun lompat iaitu 366 hari)). Stefaan Engels yang sudah pun berumur 49 tahun, menyudahkan larian terakhirnya itu setelah tiba di garisan penamat yang terletak di Barcelona.

Marathon Man 1 Rekod Dunia: 365 Marathon Setahun

Cubaannya ini mengambil tempat di beberapa negara di Eropah dan Amerika Utara, dan berjumlah 9569 batu ataupun 15,310km. Stefaan pernah di diagnos menghidap athma sejak kecil dan dilarang untuk menyertai sukan oleh doktornya. Namun begitu beliau tidak menjadikan athma sebagai alasan untuk menyertai marathon seawal remaja.

Menurut Stefaan, setelah menyertai berpuluh marathon di peringkat antarabangsa, beliau tidak lagi mahu menoleh ke belakang dan akan teruskan hidupnya dengan marathon. Menurut beliau lagi, beliau ingin menjadikan contoh kepada seluruh dunia terutama mereka yang juga menghidap athma dan juga mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Marathon Man 2 Rekod Dunia: 365 Marathon Setahun

Ini adalah cubaan kedua buatnya setelah cubaan pertamanya gagal apabila mendapat kecederaan kaki setelah cuma tinggal 18 hari untuk cukup setahun. Namun kali ini beliau bangkit semula dan menyudahkan rekodnya itu. Beliau mengambil purata 4 jam sehari untuk menyudahkan marathon dan masa terpantasnya adalah 2 jam 56 minit.

Marathon Man 3 Rekod Dunia: 365 Marathon Setahun

Sedikit info tentang marathon: Marathon yang bermaksud larian kaki sejauh 26.2 batu atau 42.1km yang telah ditetapkan semenjak 1924. Jarak ini berubah-ubah semenjak marathon diperkenalkan pada tahun 1896 sehinggalah dipersetujui pada 1924 dan digunakan sehingga hari ini. Sejarah marathon mengambil tempat pada 490 sebelum masihi, dimana ‘Battle of Marathon’ sebuah peperangan di Marathon, Greece dan seorang pengutus berlari dari Marathon ke Athen untuk menyampaikan berita kemenangan perang tersebut. Jarak dari bandar Marathon ke Athen diambil sebagai rujukan pada hari ini.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , ,

About Michael 'Flunk' Caesar

Just a nobody trying to be somebody.... add me on facebook hahaha (tu pon klu jumpak la hahaha)

More in this category (Luar Negara, Sukan)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

3 Responses

  1. yg aku perasan kenapa artikel ko tulis je mesti kua gambar mamat hidung panjang tuh??? plek ni…

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*