Agak bertuah jika seseorang memecahkan telur ayam dan mendapati ada 2 biji kuning telur didalamnya, tapi lain berlaku kepada seorang pesara apabila beliau mendapati bahawa dalam sebiji telur yang beliau pecahkan adalah sebiji telur yang lain! Pesara Petani itu, John Fellows, memulakan rutin hariannya dengan membuat scrambled egg untuk bersarapan namun kali ini agak berbeza kerana beliau menjumpai sebiji telur bersaiz guli itu dalam adunan telurnya.
John berkata beliau membeli telur itu dari pasaraya kerana saiznya yang agak besar dan melebihi saiz tlur yg normal. Beliau menyangka yang telur itu adalah double-yolker (2 kuning telur) tapi amat terkejut dengan apa yang ada didalamnya. Telur yang dibeli dari Littlemoor Shopping Precinct, Weymouth itu kini menarik perhatian orang ramai dari kawasan terdekat, dan juga beratus-ratus pakar pemakanan, doktor haiwan dan lain lain lagi. Masing-masing memberi pandangan dan pendapat tersendiri tentang bagaimana telur itu boleh menjadi sedemikian rupa.
Telur yang lain dari yang lain itu kini disimpan oleh pemilik asalnya, John Fellows untuk dijadikan pusaka kepada anak dan cucunya. John turut berkata bahawa telur unik itu lebih sedap daripada telur biasa!

