Seorang warga emas yang berasal dari Jepun telah mendapat pengiktirafan sebagai Best-Selling Author pada usianya yang sudah mencecah 99 tahun. Toyo Shibata, telah memuatkan koleksinya yang mengandungi 42 syair hasil penulisannya sendiri kedalam sebuah buku dan menerbitkan sendiri bukunya itu.
Karyanya yang bermula semenjak beliau berumur 92 tahun itu membuahkan hasil apabila mendapat jualan yang begitu tinggi. Bukunya yang laris itu bertajuk “Dont Be Frustated” dikatakan mengandungi pelbagai nasihat dan dorongan sebagai bahan bacaan kepada pelbagai peringkat umur.
Shibata dikatakan selalu membawa sebuah buku nota bersamanya kemana sahaja beliau pergi dan mencatatkan apa sahaja yang terlintas di fikirannya dan akan diolah kemudiannya menjadi syair dan puisi yang indah.
Shibata sebelum ini bergiat aktif dalam tarian tradisional Jepun sehingga beliau tidak mampu menyambungnya oleh kerana sakit belakang beberapa tahun yang lepas. Beliau kemudiannya mengikut cadangan anaknya iaitu mula menulis, dan kini mendapat pengiktirafan yang tinggi. Bak kata orang, ‘satu pintu rezeki tertutup, dua pintu yang lain terbuka….’
“A flower bloomed from a century-old tree, and it’s all because of your support,” antara kata-katanya yang bakal menyambut ulang tahun ke 100 bulan Jun akan datang.
