Seorang pereka dari Russia, Anatoly Konenko telah mereka sebuah aquarium terkecil di dunia yang cuma mampu memuatkan 2 sudu air. Dengan saiznya yang kecil, dan boleh diletakkan di tapak tangan, ianya hanya boleh memuatkan ikan-ikan terkecil sahaja. Hasil Karyanya ini hanya bersaiz 30mm panjang, 24mm lebar dan 14mm tinggi.
Anatoly Konenko, seorang yang gemar bermain dan mereka pelbagai miniatur dan juga handal dalam seni menulis diatas beras malahan rambut manusia! Dengan pengalamannya yang melebihi 30 tahun itu, beliau juga pernah mereka buku terkecil di dunia. Akuarium yang baru direkanya itu mempunyai batu-batuan kecil dan rumpai laut yang kecil bagi menghiasinya seperti akuarium biasa.
Aquarium ini terlalu kecil sehingga memerlukan picagari untuk memasukkan air kedalamnya untuk mengelakkan hiasan didalamnya rosak. Dengan saiz yang sekecil itu, cuma beberapa jenis ikan sahaja yang boleh dimasukkan seperti Danios, Guppy dan lain lain lagi yang kecil.


