Setengah dari kita memang alah kepada bau bauan. Busuk atau wangi bila dah alah memang boleh membuatkan kita rimas dan kurang selesa. Tambahan pula kepada pasangan yang dah berkahwin, yang hampir seharian tinggal bersama kalau si isteri atau si suami mempunyai bau badan memang boleh menghilangkan mood. Tapi tahukah anda sebenarnya bau ketiak lelaki boleh menghilangkan stress wanita?
Beberapa tahun yang lalu, Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.
Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita,dan selain itu wangian ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.
Jadi untuk yang sudah berkahwin, boleh lah menjadikan mencium ketiak suami sebagai amalan seharian supaya boleh menghilangkan stress. Mungkin betul kajian dari University Pensylvania yang bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress. Manalah tau, mampu memperbaiki hubungan rumah tangga serta mengurangkan kes penceraian.


30/03/2011 at 10:35 PM
hohoho
siapalah yang sanggup cium bau ketiak saya ya???
My recent post anak kecil bermain api
01/04/2011 at 1:53 AM
cium sendiri aje le….hehehe
19/04/2011 at 1:21 PM
Pengsan weh….
22/07/2011 at 12:04 PM
klu utk pompuan ada cara nk ilang kan stress…
utk laki mcm mana lak???
TQ.
25/07/2011 at 1:02 PM
banyak lg cara lain nk hilangkan stress…. dari cium bau ketiak… baik amik wudhuk, baca quran ke, zikir ke, solat sunat ke… kembali pada Allah adalah jalan penyelesaian yg terbaik….