Bagaimana handal sekali pun memandu F1 menggunakan simulator, ia takkan menjadi sehandal pemandu F1 dan tak boleh menjadi Sebastien Vettel yang seterusnya. Oleh itu, Redbull dan Playseat telah bekerjasama untuk menghasilkan simulator yang kokpitnya hampir sama seperti yang dipandu Sebastien Vettel.
Playseat telah mereka bentuk tempat duduk, stereng, pedal minyak, brek dan lain-lain lagi seperti kereta F1 yang sebenar. Malah dengan simulator ini anda juga bukan setakat boleh berlumba untuk F1, tetapi ada variasi untuk Forza dan Gran Turismo 5. Hanya dengan mengubah mode sahaja anda boleh bermain game tersebut.
Sistemnya lebih kurang sama seperti stereng dan joystick yang dijual di kedai-kedai game. Anda boleh menyambungkannya dengan PS2, PS3, Xbox dan Wii.
Boleh mula dapatkannya pada Mei 2011 dengan harga RM5,000. Bagi kaki-kaki game F1 tu boleh la dapatkannya untuk merasai dunia sebenar perlumbaan F1. Mungkin suatu hari nanti boleh jadi macam Ayrton Senna ke….




28/03/2011 at 1:10 AM
kawin dgn janda kaya, suh dia tlg bli hahaha
28/03/2011 at 9:34 AM
kenapa janda kaya??? dah xde dara yang kaya ke??? atau xlayak dengan dara???kahkahkah
My recent post Kucing dan Penguin Bulu Bercorak ‘Cinta’
29/03/2011 at 7:25 PM
janda ke datin yang kaya??