Gempar satu negara apabila bermula lagi perang politik dengan pendedahan terbaru untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penyebaran Video Skandal Seks beliau dengan seorang pelacur di hotel. Sejauh mana kebenaran tiada siapa dapat pastikan buat masa ini. Hanya Datuk T yang mengatakan dalam video tersebut adalah Datuk Seri Anwar.
Siapa Datuk T ?
Buat masa ini tiada siapa tahu siapa Datuk T. Apa yang diberitahu di Harian Metro, Datuk T adalah ketua kumpulan yang memiliki video hitam putih skandal seks Anwar tersebut. Menurut Kosmo pula, Datuk T juga mempertontonkan video tersebut kepada kira-kira 10 wartawan di sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara semalam dalam menyakinkan mengenai video skandal Seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelacur di hotel.
Datuk T juga menyatakan mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini bagi pengecaman.
Motif Datuk T ?
Anggota kumpulan itu berkata, mereka memutuskan mendedahkan perkara itu sekarang kerana sudah tiba masanya orang ramai mengetahui perkara sebenar mengenai ahli politik itu.
Mengenai Video Skandal Seks Anwar
Video rakaman hitam putih itu direkod melalui kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bilik hotel yang turut menawarkan perkhidmatan urutan spa. Video tersebut berdurasi 22 minit dirakam pada pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam pada 21 Februari lalu(kosmo,22/3/2011).
Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel.
Respon dari Datuk Seri Anwar
Pastinya Datuk Seri Anwat menafikan sekerasnya mengenai tuduhan(fitnah) terbaru keatas dirinya itu. Belum lagi selesai kes liwat timbul pula isu tuduhan terbaru kepada dirinya. Semuanya berkait dengan skandal seks.
Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai “fitnah jahat” dan “jijik” yang “diselaras di peringkat kuasa tertinggi”(Malaysiakini). Menurut Datuk Seri Anwar, beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anak dan cucu-cucunya.
Datuk Seri Anwar juga berkata beliau mengemaskini mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan bahawa beliau bukan lelaki dalam video tersebut.
Bagaimanapun semakan ke atas rekod Twitter Anwar menunjukkan bahawa catatan-catatannya telah dibuat pada jam 9.20 malam dan 11.39 malam, tetapi tidak ada catatan dibuat antara jam 10.23 malam dan 10.45 malam, ketika video itu didakwa dirakam(Malaysiakini).
“Memang diberitahu kepada saya bahawa gambar itu mirip kepada gambar saya. ”Cuma perut orang itu jauh lebih buncit dari saya,” kata Anwar kepada Malaysiakini.
Mengenai Jam Tangan OMEGA
Malaysiakini : ”Adakah Datuk Seri kehilangan seutas jam tangan Omega?”
Anwar menjawab, soalan yang sepatutnya ditanya adakah beliau memiliki jam sebegitu. Anwar seterusnya berkata, beliau mempunyai jam seperti itu.
Anwar : “Tanya (Wan) Azizah. Dia yang simpan…,”
Laporan Polis
“Saya sedang merujuk kepada peguam untuk melihat apakah isunya. Saya belum melihat (video itu), saya tidak tahu siapa pembuatnya, saya tidak tahu sama ada ia akan diedarkan,”
“Visual yang ditayang tengahari di Carcosa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan saya, PKR dan Pakatan Rakyat.”Kita tentu menuntut kepada pimpinan politik negara dan musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan politik kotor dan lucah ini.”Jangan heret rakyat dan negara terjebak dalam politik kotor dan lucah kamu,” kata Anwar kepada Malaysiakini
Rujukan :
2. http://www.hmetro.com.my/articles/2011032204034020110322040340/Article
3. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm


25/03/2011 at 4:16 PM
salam,
kalo tgk kat fb dsai ada status update yg dibuat pada rujuk masa video yg dinyatakan… sila rujuk di milosuam
cheers…;P
25/03/2011 at 4:25 PM
@feerdaus, yea benar dalam pkl 10.40 kalau tak silap….dia ad update facebook