Mungkin tidak ramai yang menyedari satu lagi peluang untuk blogger Malaysia mencari pendapatan dari blog menggunkan pengiklanan dari syarikat 701Panduan ini. Jika tidak silap saya, saya hanya menyedari akan pengiklanan dari 701panduan.com ini pada bulan puasa yang lepas. Pada ketika itu hanya beberapa blog yang menggunakan pengiklanan dari mereka dan mereka juga mungkin masih dalam proses cuba-cuba ketika itu. Ketika itu juga bukan semua blog diterima, kelayakan blog adalah 1000 page view sehari sahaja diterima.
Mereka membayar berdasarkan CPM (cost per mille, the advert cost per thousand views) ketika itu dengan kadar 1000 page view = RM 2 . Bagi yang masih mencari-cari teknik dan tengah berusaha untuk meningkatkan pelawat ke blog, untuk mendapatkan 1000 views adalah sangat susah. Page view adalah tidak sama dengan jumlah pelawat.
Namun, itu semua tahun lalu tahun ini mereka menukar polisi bayaran dari CPM kepada CPC(Cost per Click is a single click on their advertisement). 1 Klik = RM 0.30
Apa kekurangan menggunakan iklan dari 701panduan??
1. Paparan untuk publisher(blogger) belum cukup baik jika nak dibandingkan dengan nuffnang atau innity. Alasan saya, kerana paparan hanya menunjukan laporan pendapatan harian tiada ruangan untuk copy koding iklan(buat masa ini) dan juga butang cashout.
2. Boleh memberi kesan kepada status Gliteratti Nuffnang anda. Sebagaimana kita sedia maklum nuffnang seperti ingin memanipulasi market tempatan dan blog yang turut menggunakan pengiklanan dari mana-mana syarikat lain dari rantau asia tenggara tidak akan diberi status Gliteratti. Nak dapat buffer earning pon susah la lepas tu dan pendapatan juga akan ciput.
3. RM0.30 per klik tidak mampu untuk anda jadi kaya atau dengan istilah lain tidak dapat harapkan 701panduan sebagai pendapatan utama di blog anda.
4. Ada minimum cashout iaitu RM50
Kelebihan Menggunakan Iklan dari 701panduan?
1. Sehingga hari ini, masih belum ada masalah pembayaran dari mereka. Selepas capai RM 50 (min cashout) mereka akan email mengenai bayaran tersebut. Mungkin kerana masih belum banyak publisher jadi masih mudah untuk handle kalau dah makin ramai mereka memerlukan pengurusan yang lebih sistematik.
2. Boleh memaksimumkan pendapatan blog yang menggunakan innity. Boleh masukkan iklan dari 701panduan di bahagian alternate ads. Apabila tiada iklan dari innity terpapar diblog, iklan dari 701panduan akan keluar. Tiada lagi iklan hijau (innity) keluar sebab iklan hijau tu diorang tak bayar kepada blogger.
3. Semua blog boleh/layak untuk register sebagai publisher sebab diorang bayar mengikut klik kecuali blog porno,betting, dan segala haram jadah seangkatan dengannya.
4. Blog anda hak anda menentukan pengiklan. Tiada apa-apa syarat dan tak kisah nak letak iklan lain jugak. Jangan letak banyak sangat iklan diblog nanti menyemak dan akan turunkan CTR. Tak bagus kepada pengiklan blog kita. Jadi jangan fikir nak dapatkan duit sahaja tapi perlu juga fikir mengenai pengiklanan blog kita.
5. Setakat ini support diorang ok. Setiap email berbalas.
6. Cara pembayaran Bank-In terus ke akaun bank anda.
7. Blog yang mempunyai pelawat rendah juga berpeluang untuk mula mendapatkan pendapatan dari 701panduan. Cuma mungkin lambat sedikit la.
Bukti Bayaran dari 701panduan
Terus Register Blog Anda Maksimumkan Pendapatan
Daftar sebagai publisher 701Panduan Network Iklan dengan mengisi borang pada halaman pendaftaran.



18/04/2011 at 7:17 PM
salam..sy bru je join 701 ni..hehe..harap2 da la cash out nti…
My recent post Having Trouble Breathing And What Can Be Done About It
19/04/2011 at 12:39 AM
semoga berjaya
19/04/2011 at 12:42 AM
semoga berjaya dan selamat berblog
25/04/2011 at 12:20 PM
blog saya esempoi baru dapat dalam belas2 ringgit
tapi lum sampai sebulan..
My recent post Runtuhan Kota Atlantis Ditemui
25/04/2011 at 1:23 PM
try innity tak?? s2u buat alternate ad aje dgn 701panduan buat masa ni…
25/04/2011 at 3:19 PM
permulaan yang baik.. 701Panduan better lah dari Nuffneng, haha
My recent post Ahmad Idham Sambung Belajar Peringkat PhD di UUM
27/04/2011 at 11:33 AM
hoho..tahniah. dah dapat dah dari 701panduan..
My recent post 20th Payment from Bursttrafficnet
27/04/2011 at 11:42 AM
tapi aku rasa tak enak ni…ad iklan non-halal dari 701-Panduan ni…
15/07/2011 at 10:08 PM
informasi yang padat…bro…saya pun baru nak jinak dengan 701panduan tp mslhnyer masih takut hilang status gliterrati nuffnang…hoho…
12/08/2012 at 2:07 PM
apakah blog indonesia seperti http://kampus-info.com bisa didaftarkan di 701panduan.com bisa
mohon balasannya,,terimakasih.