Jepun telah lama berbangga dengan kemampuan mereka untuk mengadaptasi dan memperbaiki kebiasaan, amalan-amalan serta gaya dari negara-negara lain. Setelah berjaya secara global dengan kereta, elektronik bahkan fashion, mereka telah berusaha untuk mengatasi negara lain dengan mencipta pelbagai variasi dalam makanan yang menjadi kegemaran seluruh pelusuk dunia iaitu ais krim.
1. Cheese and Spaghetti ice cream

Ice cream yang diperbuat dari keju dengan spaghetti di dalamnya.
2. Horse flesh ice cream

Ini bukan aiskrim untuk kuda peliharaan atau kesayangan anda. Tetapi aiskrim ini sendiri diperbuat dari daging kuda dan dicampur dengan aiskrim perasa vanilla.
3. Squid ink ice cream

Aiskrim yang diperbuat khas dari adunan dakwat sotong. Memang tak hairan lah kenapa warna aiskrim ni hitam legap.
4. Goat ice cream

Mesti anda fikir aiskrim ni diperbuat dari susu kambing. SALAH! Sebenarnya aiskrim ini diperbuat dari daging kambing tapi masih juga dicampur dengan susu kambing.
5. Chicken Wing Ice Cream
Chicken Wing Ice Cream sebenarnya mempunyai rasa seperti kepak ayam goreng. Mungkin ianya enak bagi penggemar ayam goreng tapi tidak kepada penggemar aiskrim.
6. Cactus Ice Cream (Saboten Aisu)

Aiskrim yang akan menusuk hati para pecinta ais krim di seluruh dunia.Lembut dan menyegarkan dengan rasa yang sama seperti air dari pokok katus di padang pasir.
7. Dracula cool garlic mint ice cream
Aiskrim ini di buat dari campuran mint dan juga bawang putih. Tak pasti kenapa ianya diberi nama Dracula.
8. Aqutak ice cream
Ia juga di kenali sebagai “eskimo ice cream”. Aiskrim ini di buat dari minyak ikan paus dan dicampur dengan buah berries.
9. Fish ice cream
Ianya di perbuat dari isi ikan air masin dan khabarnya ice cream ni adalah yang paling popular di Jepun.
10. Condom Ice Cream
Khabarnya cuma sarung aiskrim ini yang direka seperti condom. Bukan lah menggunakan kondom terpakai ataupun yang belum digunakan. Atau nama lain aiskrim ini ialah Tomaigo-Aisu.
Selain 10 perasa ini, terdapat pelbagai lagi perasa aiskrim contahnya aiskrim ketam,udang,terung,cili, wasabi, lidah kerbau, belut dan pelbagai lagi aiskrim dengan perasa pelik. Dan aiskrim aiskrim pelbagai perasa ini boleh di dapati di sebuah restoren iaitu Cup Ice Museum yang terletak di Ikebukuro ataupun ia digelar Ice Cream City.
PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
About devotedlily
Perempuan yang sangat sukakan kecantikan. So, plz dont hate me coz im beautiful!
Visit me here...
Blog Comel! &
Facebook..
Drop by some words =)
19/03/2011 at 8:53 PM
Cari bermacam-macam informasi terkini berkaitan dengan teknologi, perisian, komputer, pelaburan, kenderaan, peralatan mudah-alih, pengetahuan umum dan segalanya di http://kendrabing.com
Anda juga boleh mengambil kesempatan untuk mempromosikan hasil penulisan di blog anda di Kendra Bing tanpa had asalkan terma dan syarat dipatuhi.
* Buatan Malaysia untuk orang Malaysia.
20/03/2011 at 4:17 AM
bila aiskrim ni nak ada kat malaysia aa..
19/03/2011 at 8:21 PM
@titan, tengok pun dah mual~ huhu! macam mana mau memakannya….