Seekor kura-kura dari jenis African Spurred (Geochelone sulcata) telah menarik perhatian ramai di beberapa siri pameran haiwan di Slovenia kerana penampilan nya yang unik iaitu berkepala dua dan berkaki lima. Kura-kura unik ini diberi dua nama memandangkan kepalanya itu, Magda (kepala kiri) dan Lena (kepala kanan) dan mereka dipanggil Magdalena untuk singkatannya.
Kura-kura unik ini yang dari jenis African Spurred adalah yang ketiga terbesar didunia selepas Galapagos Tortoise dan Aldabra Giant Turtle. Kini ianya sebesar tapak tangan dan akan terus membesar sehingga mencecah 46cm dan berat diantara 30kg ke 45kg. Spesimen terbesar pernah direkodkan adalah 90cm dan seberat 68kg.
Madga dan Lenka dilahirkan pada penghujung tahun lepas dan kini usia mereka telah mencecah 10 minggu. Dan mengikut statistik, kura-kura jenis ini mampu membesar sebanyak 15-25cm setahun buat tahun-tahun awal mereka. Jangka hayat mereka dijangka sehingga 30 ke 50 tahun.


