Home » Isu Semasa » Paras Radioaktif Di Malaysia Pada Tahap Normal
Paras Radioaktif Di Malaysia Pada Tahap Normal

Paras Radioaktif Di Malaysia Pada Tahap Normal

Gempa bumi yang bermagnitud 8.9 pada skala richter di jepun baru-baru ini mengakibatkan berbagai-bagai impak yang besar terhadap masyarakat dunia. Sebelum ini gempar bahawa kesan radioaktif disebabkan loji nuklear Fukushima Daiichi di Jepun sampai di Malaysia dan menyebabkan kebimbangan orang ramai.

Tetapi, kesan radioaktif yang disebabkan oleh letupan loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang berlaku baru-baru ini dikatakan rendah dan mungkin tidak akan sampai di Malaysia. Maklumat ini diperolehi dari Jabatan Meteorologi Malaysia dan dalam laporan mereka menunjukkan pergerakkan angin adalah ke timur dan ke timur Jepun.

Japan 4 col Paras Radioaktif Di Malaysia Pada Tahap Normal

Malaysia yang berada di barat daya Jepun tidak akan terjejas.

Selain itu, kadar radiasi yang direkodkan di Malaysia adalah sekitar 0.17 uSv/jam dimana paras yang dibenarkan untuk dedahan kepada orang awam adalah sekitar 0.50 uSv/jam. Kadar radiasi di negara kita ini direkodkan di beberapa kawasan iaitu Chuping, Ipoh, Kudat, Kota Kinabalu, Kuantan dan Senai.

170320112151 Paras Radioaktif Di Malaysia Pada Tahap Normal

Jadi, rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan ura-ura yang mengatakan anda perlu berada di dalam rumah ketika hujan kerana takut hujan asid. Tetapi anda perlu berada didalam rumah kerana bimbang akan demam. Kenderaan anda masih boleh diletakkan di kawasan tidak berbumbung dan tidak perlu bimbang kenderaan anda akan terhakis.

Bagi yang masih berminat untuk mengikuti perkembangan di Jepun, boleh ke laman web International Atomic Energy Agency (IAEA) di www.iaea.org dan juga di laman web Nuclear and Industrial Agency, Jepun di www.nisa.meti.go.jp . Dan anda boleh menghubungi Pusat Maklumat Radiologi, AELB di talian hotline 1800-88-7999.

Sumber : ( Berita Harian , Khamis,17 mac 2011)

2 comments

  1. rasa nak pergi jepun,,
    wahai kerajaan,, bagi aku pluang nak sertai misi kemanusian,,,
    aku nk sangat g,, T_T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top