Rekod Dunia: Menjadi Nenek Pada Usia 23 Tahun

Rekod Dunia: Menjadi Nenek Pada Usia 23 Tahun

Seorang wanita Gypsy dari Investi, Romania telah diiktiraf sebagai nenek termuda iaitu berumur 23 tahun apabila anaknya melahirkan cucu untuknya pada usia 11 tahun. Rifca Stanescu, melahirkan Maria ketika beliau berumur 13 tahun dan 2 tahun lepas Maria telah melahirkan anak lelaki bernama Ion ketika usianya 11 tahun.

Menurut Rifca, perkahwinan pada usia yang muda bagi seseorang perempuan adalah kebiasaan bagi kaum Gypsy dari Romania. Perempuan dalam sesebuah keluarga selalunya akan dipinang seawal 2,3 tahun oleh keluarga lelaki dan mereka akan berkahwin apabila masa telah tiba.

nenek Rekod Dunia: Menjadi Nenek Pada Usia 23 Tahun

Rifca sebelum ini melarang Maria untuk mengikut jejak langkahnya iaitu berkahwin muda dan menyambungkan pelajaran di sekolah namun Maria tidak mahu mengikut kata-kata ibunya dan berkahwin juga malahan Maria lebih awal melahirkan anak dari ibunya. Rifca tidak mampu manghalang anaknya itu dari berkahwin kerana baginya tradisi kaumnya itu harus dihormati.

Menurut Rifca lagi beliau sebelum ini telah dipinang oleh keluarga lelaki yang lain, namun Rifca enggan mengahwini lelaki tersebut kerana bukan citarasanya. Rifca kemudiannya melarikan diri bersama seorang penjual barang kemas bernama Ionel Stanescu dan melahirkan Maria setahun selepas mereka berkahwin.

Rekod ini sebelum ini dipegang oleh wanita dari Yorkshire, UK dan menjadi nenek pada usia 26 tahun apabila anaknya melahirkan cucu ketika berusia 12 tahun.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , ,

About Michael 'Flunk' Caesar

Just a nobody trying to be somebody.... add me on facebook hahaha (tu pon klu jumpak la hahaha)

More in this category (Luar Negara)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

8 Responses

  1. tak abih2 lagi dengan mamat idung tuh kat atikel ko

  2. tradisi mereka macam itu eh. kalau di bawak ke malaysia tradisi macam itu, aku rasa ramai yang menentang

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*