Pesta konvokesyen yang diadakan di UTM baru-baru ini adalah untuk meraikan garaduan-graduan UTM yang baru habis belajar. Meskipun begitu, terdengar ura-ura dari pengunjung dimana pelbagai inovasi dan rekaan terbaru yang telah dibuat di UTM, ditunjukkan kepada orang ramai dan ada yang berpeluang untuk mencubanya.
Ianya menarik perhatian saya dan rakan-rakan yang juga staf selangor2u.com untuk mengunjungi pesta konvo tersebut. Sedang kami berjalan-jalan di pesta konvo di UTM itu, kami terlihat sesuatu yang menarik perhatian. Iaitu kereta elektrik Saga EV ( mungkin EV itu bermaksud Electric Vehicle ).

Jadi, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa imej dan info mengenai kenderaan elektrik hasil dari kerjasama dari UTM dan PROTON ini.

Kenderaan berkuasa elektrik ini menggunakan beberapa set bateri yang diletakkan pada bonet belakang menggantikan tangki minyak. Pada bahagian tempat mengisi minyak telah digantikan dengan tempat pengecas. Selain itu, Saga EV ini juga mempunyai panel solar pada bahagian bumbung untuk mengecas bateri.

Spesifikasi:
- Enjin : 47kw AC Induction Motor
- Bateri : 300V Lithium Ion Polymer
- Pecutan (0-100km/h): 14s
- Halaju Maksimum: 120km/h
- Jarak Pemanduan : 160km (Combined Cycle)
- Berat : 1200kg

Ciri-ciri khas
- Lampu depan LED Digital
- Paparan Informasi Berinteraktif
- Battery Management System
- Re-generative Braking
- Electric Air Conditioning System
- Telematics System
- Lane Departure
Kami tidak dapat melihat kenderaan tersebut bergerak disebabkan keadaan hujan lebat ketika itu. Walaupun begitu, kami sempat merasai pengalaman menghidupkan kenderaan tersebut. Hanya tekan start button dan enjin dihidupkan tanpa sebarang bunyi dan tiada pencemaran.
Itulah kenderaan elektrik yang sentiasa dinanti-nantikan untuk menjadikan hidup lebih mesra alam.
Gambar selebihnya:

30/03/2011 at 12:38 AM
bila dapat keluar kereta tersebut???
My recent post anak kecil bermain api
30/03/2011 at 2:54 AM
sekadar projek RnD antara proton dan UTM, tapi x mustahil satu hari nnt akan dikomersilkan…
30/03/2011 at 8:11 AM
speed kete nh still terhad lg.. just leh g 120km/h top speed..