Senarai Peserta Maharaja Lawak 2011 – 2 Episod Sahaja Di Astro Prima

Senarai Peserta Maharaja Lawak 2011 – 2 Episod Sahaja Di Astro Prima

Selepas Raja Lawak 5 berakhir dan kini Maharaja Lawak pula akan bermula pada Jumaat ini. Maharaja Lawak pada asasnya mengumpulkan para peserta yang beraksi di final untuk Raja Lawak 1,2,3,4 dan 5. Namun, mereka diberi pilihan untuk bergabung untuk membentuk kumpulan sesama mereka.

Peserta Berkumpulan

1. JOZAN – Johan membentuk kumpulan bersama Zizan. Mereka sangat serasi dan lawak mereka memang pecah perut bila bergabung. Peserta pilihan untuk menjuarai Maharaja lawak.

2. JAMBU – Yus juara Raja Lawak 1 bergabung bersama dengan Taukey untuk membentuk kumpulan JAMBU. Yus memang lawak dan banyak idea namun Taukey masih dalam pemerhatian penulis mengenai lawaknya.

3. WAI – KECIK juara raja lawak 4 nampaknya menambah ahli kumpulan dengan mengambil Idlan Pon Pon. Mungkin tidak menjadi pilihan tetapi masih mungkin boleh memberi saingan.

4. SEPAH – Kumpulan yang tidak lagi asing dengan lawak double meaning. Juara raja lawak 3 ini tidak lagi boleh digelar si bujang SEPAH selepas Shuib telah berkahwin dengan Siti Sarah. Mereka juga saya kira pilihan untuk menjadi juara.

5. BALAS – Balas mendapat tempat ke 3 ketika pertandingan akhir raja lawak 5 baru-baru ini. Cukup terkenal juga dengan lawak double meaning seperti SEPAH. Lawak mereka kadang-kadang menjadi kadang-kadang hilang idea.

6. XN3 – No Entry bagi saya tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai kualiti lawak mereka ketika bersaing di gelanggang raja lawak. Bukan pilihan untuk menjadi juara.

7. R2 – Walaupun hanya mendapat tempat kedua pada raja lawak 5 baru-baru ini, R2 tetap ada peminat tersendiri. Bagaimanapun, berdasarkan raja lawak 5 yang lalu, idea lawak R2 banyak diceduk dari majalah. Perlu membuktikan dengan idea yang lebih baik untuk maharaja lawak.

Peserta Solo :

8. NABIL – Selepas dilanda kontroversi, populariti Nabil nampaknya merosot dan pentas Maharaja Lawak mungkin landasan terbaik untuk Nabil memulihkan reputasinya sebagai Raja Lawak Malaysia.

9. MAN – Juara raja lawak 5 yang dinobatkan baru-baru ini nampaknya sekali lagi perlu membuktikan dirinya sememangnya layak untuk bergelar juara. Mungkin belum cukup popular tetapi pendapat saya Man tetap memberi saingan.

10. ALEX – Ketika beraksi di raja lawak 4, Alex dilihat seperti bakal juara namun keputusan undian memihak kepada kumpulan Kecik. Alex tetap mempunyai lawak tersendiri dan memang selesa berlawak secara solo. Aksi lawak Alex paling tak dapat saya lupa ketika berlakon menjadi pengemis. Terbaik.!!!

11. Amir – Mungkin keterlaluan untuk saya katakan Amir merupakan peserta yang pernah melakukan persembahan terburuk pada aksi akhir gelangang raja lawak. Persembahan melompat-lompat dengan patung harimau sangat tidak munasabah. Semoga di gelanggang Maharaja Lawak  ini Amir membukti sesuatu kelainan dan peningkatan.

12. Jihan – Satu-satu nya peserta wanita dalam raja lawak yang pernah beraksi di pentas akhir. Tidak banyak nak komen kerana saya tak rasa sebagai pilihan untuk memberi saingan kepada nama-nama besar yang lain.

Hadiah Kepada Pemenang

1. RM 300,000

2. RM 200,000

3. RM 100,000

Bagaimanapun agak tidak lengkap kerana kumpulan CHAM  (Along dan Azrul) tidak dapat menyertai Maharaja Lawak kerana mempunyai komitmen lain.

Maharaja Lawak akan bermula Jumaat ini (1 April 2011) di ASTRO PRIMA dan WARNA. Namun, hanya 2 episod terawal akan di tayangkan di Astro PRIMA dan selepas itu hanya di ASTRO WARNA sahaja.

Jadi kalau memang nak tengok secara langsung Maharajak Lawak sampai ke akhir episod perlu la melanggan Astro WARNA. AC Mizal si penjual gelang merupakan pengacara Maharaja Lawak.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Hiburan)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

One Response

  1. kepada sesiapa yg xda Astro or x sempat nak tgk kt astro..
    bleh la download Maharaja Lawak kt cni…mediafire link dan mcm2 link ada..pilih je yg mn nak..

    http://zulmovie.blogspot.com/2011/04/maharaja-law

    SHARING IS CARING RIGHT!!!
    My recent post Maharaja Lawak 2011 Astro Prima AVI &amp MKV Added Minggu 1

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*