Nampak sangat yang penduduk di jepun sedang menggilai Twitter dan sebuah syarikat pembuat alat permainan yang terkenal dari Jepun iaitu Takara Tomy telah mendedahkan TWIMAL ( ringkasan kepada TWItter aniMAL). Satu alat permainan yang sangat comel dan berkemampuan untuk membaca twitter untuk anda.

Alat permainan tersebut mempunyai bentuk maskot Twitter iaitu burung biru. Tetapi ia mempunyai dua versi iaitu burung biru dan putih. Burung biru akan membaca twitter anda menggunakan suara lelaki manakala burung putih pula akan membaca twitter anda menggunakan suara wanita.

Takara Tomy juga mengatakan bahawa, jika ia disambungkan pada komputer anda melalui sambungan USB, Twimal tersebut akan mencari dan membaca tweets milik anda. Buat masa ini, Twimal hanya boleh digunakan pada komputer yang mempunyai sistem operasi Windows XP, Windows Vista dan Windows 7.
Selain itu, twimal ini juga berupaya untuk membalas tweet anda sehingga tiga “hash tags”. Anda juga boleh memilih untuk membenarkan Twimal membaca tweet dari rakan yang telah anda setkan dalam list atau dari orang-orang yang tertentu sahaja.
Anda juga boleh mengoperasikan kedua-dua Twimal ini pada masa yang sama tanpa sebarang masalah dan berupaya untuk mengubah suara mereka mengikut cara yang anda kehendaki.
Twimal ini akan berada di pasaran Jepun mulai 31 Mac dan berharga USD$31. Bila ia akan sampai di Malaysia, kami pun tak pasti bila. Tetapi, bagi mereka yang tak sabar untuk memiliki Twimal ini boleh melayari kedai-kedai online seperti Rinkya.com atau GeekStuff4u.com.
