Home » Hiburan » Video – Keputusan Final Raja Lawak Musim Ke 5 – Man Juara
Adobe Flash Plugin is required to see this video. Click Get The Latest Flash Player [Desktop]
or
Get The Free Flash Player Browser [Android User]

Video – Keputusan Final Raja Lawak Musim Ke 5 – Man Juara

SHAH ALAM, 18 MAC 2011: Dengan lawak berkonsepkan kongsi gelap dan mat rempit, Abd Rahman Bin Kasim, atau lebih dikenali sebagai Man, 33, telah diisytiharkan sebagai pemenang Raja Lawak Astro Musim ke 5(RL5) dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak yang bersiaran secara langsung sebentar tadi.

Dalam acara kemuncak yang berlangsung dari Pusat Konvesyen Shah Alam itu, Man telah mendapat undian SMS tertinggi menewaskan dua finalis lain iaitu kumpulan R2 dan kumpulan Balas…..sambungan cerita diakhir video

 

Video Gelanggang Raja Lawak 5 – FINAL

01 INTRO

selangor2u.com

02 Persembahan Pertama Balas

selangor2u.com

03 Persembahan Pertama Man

selangor2u.com

04 Persembahan Pertama R2

selangor2u.com

05 Persembahan Kedua Balas

selangor2u.com

06 Persembahan Kedua Man

selangor2u.com

07 Persembahan Kedua R2

selangor2u.com

08 Pengumuman/Penutup

selangor2u.com

Dengan gelaran juara ini, Man telah membawa pulang wang tunai RM100,000, barangan elektrik serta trofi Raja Lawak tajaan Astro. Kumpulan R2, yang diiktiraf sebagai naib juara pula membawa pulang wang tunai RM50,000 bersama barangan elektrik dan trofi Raja Lawak manakala Balas ditempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM30,000 bersama barangan elektrik dan trofi Raja Lawak.

Hadiah disampaikan oleh pelawak lagenda, Mat Sentul yang diiringi Encik Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Prima dan Warna.

Gelanggang Akhir RL dihoskan oleh Johan dan Zizan dan para finalis ditugaskan untuk membuat dua persembahan bertemakan stail bebas dan muzikal komedi. Turut ditampilkan ialah tiga pengkritik utama iaitu Afdlin Shauki, Sathiya dan David Teo.

Persembahan pembukaan menampilkan semua peserta yang tersingkir sebelum ini menyampaikan lagu tema RL5 sebelum persembahan istimewa dari artis jemputan iaitu Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Altimet.

2 comments

  1. tengah tunggu maharaja lawak ni…

    bila start eh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top