Semasa mengandung macam-macam kepercayan tentang amalam amalan yang kita ikut sebab kita mahukan anak dalam kandungan kita sempurna seperti orang lain. Ingat, bukan sahaja cara pemakanan dan amalan yang perlu kita jaga, tapi kita jugak perlu kawal penggunaan barangan kosmetik semasa mengandung ataupun ketika mempunyai anak anak yang masih kecil.
Sebuah kajian daripada sebuah junal, Pediatrics, Dr. Sheela Sathyanarayana dari Universiti Washington, baru baru ini menjelaskan bahawa sesetangah produk kosmetik ini mengandungi bahan-bahan kimia yang berpotensi dan sangat berbahaya disebut ftalat.
Sathyanarayana juga mengatakan bahawa mereka telah menemui peningkatan kandungan monoethyl phthalate (MEP),monomethyl phthalate dan monoisibuthyl phthalate (MIBP) dalam urin bayi kesan daripada penggunaan penggunaan lotion bayi, syampu bayi dan bedak bayi. Menurut para penyelidik, bayi muda kurang dari 8 bulan lebih berisiko untuk terkena kesan ini.
Apa Itu Ftalat?
Ftalat adalah sejenis kumpulan bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik PVC pembungkus makanan dan digunakan untuk menstabilkan pewangi dan ditemui dalam beberapa produk pengguna lain termasuk mainan, produk penjagaan peribadi dan peralatan perubatan. Dan Ftalat ini juga digunakan dalam sesetengah bahan kosmetik wanita dan akan menjadi racun kepada bayi di dalam kandungan dengan menjejaskan kemampuan pembiakan janin, termasuklah kecacatan sewaktu lahir pada organ pembiakan lelaki. Paling sedih, bayi kita berisiko tinggi terkena kanser testis apabila mereka dewasa, jika ibu ibu mereka menggunakan kosmetik yang mengandungi Ftalat.
Antara produk yang mengandungi racun Ftalat:-
- Pewangi Poison dari Christian Dior
- Pantene Pro V “Healthy Hold”
- Deodorant Arrid
- Penyembur rambut Aqua Net
- Tresor Eau De Parfum
- Deodoran intensif 24jam Rexona
- Perfume dari Eternity, Chanel no 5, dan Tommy Girl
- Produk penyembur rambut Vidal Sassoon, Essentials dan Tommy Girl
- Deodoran dari The Body Shop dan Nivea
- Mousse rambut dari Wella dan Studio Line
Mungkin kita semua tak sedar tentang bahaya ini, sebab sebelum ni tak pernah jadi apa apa pada kandungan dan anak anak kita.Walaupun, kesannya tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat, kemungkinan untuk bayi kita mendapat kesan buruk ini di masa akan datang itu ada. Jadi apa salahnya kita berhati hati daripada menyesal kemudian hari.



25/04/2011 at 11:47 AM
tak payah pakai make up lah kalau mengandung.. tapi artis kena pakai make up.. lagi satu jangan pakai ketat-ketat mase mengandung.. sebab dah 2 kes aku dengar orang mengandung pakai ketat-ketat contohnya jeans telah menyebabkan keguguran..
My recent post Ahmad Idham Sambung Belajar Peringkat PhD di UUM
25/04/2011 at 3:08 PM
pakai purdah…senang
25/04/2011 at 3:20 PM
tang perut tu kena longar2 skit.. agaknye lah.. aku pon lom pernah mengandung lagi..
My recent post Ahmad Idham Sambung Belajar Peringkat PhD di UUM
09/06/2011 at 12:46 PM
di jamin ke ni tak perlu urut