Bulan Madu Yang Paling Ngeri

Bulan Madu Yang Paling Ngeri

Pasangan mempelai dari Stockholm Sweden, Stefan dan Erika Svanstrom yang baru melangsungkan perkahwinan mereka telah memulakan alam perkahwinan dengan tour bulan madu selama 4 bulan. Namun pengalaman yang sepatutnya manis bagi setiap pasangan pengantin itu bertukar menjadi hambar, ngeri, sadis gundah gulana dan pelbagai lagi lah yang negatif apabila hampir kesemua tempat yang mereka lawati dilanda oleh bencana-bencana alam terbesar.

Stefan dan Erika memulakan bulan madu itu 6 disember tahun lepas, tapi terperangkap di sebuah lapangan terbang di Munich, Germany apabila negara-negara Eropah dilanda ribut salji besar dan kebanyakan penerbangan terpaksa dibatal dan ditunda.

germany weather snow storm daisy 2010 1 9 6 44 11 500x345 Bulan Madu Yang Paling Ngeri

Perjalanan diteruskan apabila mereka berjaya terbang ke Cairns, Australia yang kemudiannya sekali lagi dilanda siklon (cyclone dalam bahasa melayunya) yang terbesar dalam sejarah negara itu. Pada masa itu mereka terperangkap di sana selama 24 jam dan terpaksa tidur di atas lantai simen bersama 2500 pengunjung yang lain.

2501cyclone 1565331c Bulan Madu Yang Paling Ngeri

Sesudah itu, mereka bergerak ke Brisbane yang mana dilanda pula oleh banjir yang besar. Untuk mengelak banjir tersebut mereka meneruskan perjalanan ke Perth namun dalam perjalanan tersebut mereka terpaksa merentasi sebuah bencana lain dimana terdapat satu kebakaran hutan yang besar.

571848 flood1 500x333 Bulan Madu Yang Paling Ngeri

755250 bushfires black sunday Bulan Madu Yang Paling Ngeri

Pada 22 febuari, pasangan ini terbang ke Christchurch, New Zealand dan mendarat ke bandar itu yang dalam keadaan kelam kabut kerana baru sahaja dilanda gempa bumi bermagnitud 6.3 skala Richter. Bandar itu sudah umpama medan perang dan tidak dibenarkan masuk kerana banyak jalan yang di tutup.

Christchurch earthquake 2011 500x165 Bulan Madu Yang Paling Ngeri

Perjalanan diteruskan lagi dan kali ini pasangan ini menuju ke Tokyo, Jepun. Dan ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila sesampainya di sana, Jepun dilanda juga oleh gempa bumi yang paling dasyat dalam sejarah negara itu baru-baru ini. “Kami dapat menyaksikan bumbung berterbangan dan bangunan bergoyang-goyang dan permandangannya adalah sangat mengerikan,” kata Stefan.

japan earthquake economy 500x312 Bulan Madu Yang Paling Ngeri

Pasangan ini pulang ke Stockholm pada 29 mac lalu dari destinasi terakhir bulan madu mereka iaitu China yang mana satu-satunya destinasi yang tidak ditimpa apa-apa bencana sepanjang bulan madu mereka itu.

Apa yang menariknya adalah, Stefan Svanstrom juga adalah salah seorang yang terselamat dalam bencana Tsunami di Acheh pada 2004 lalu.

“Kata orang, sebuah perkahwinan adalah satu cabaran terbesar dalam jangka hidup seseorang. Dalam jangka itu pelbagai dugaan akan melanda, dan saya rasa kami sudah melalui satu dugaan yang paling dasyat, dan dugaan ini merapatkan lagi hubungan kami suami isteri. Bila dikenang kembali bulan madu itu, kami hanya mampu tersenyum dan menganggap ianya satu pengalaman yang menakjubkan!” - Stefan dan Erika Svanstrom.

P/S: Semua gambar-gambar diambil dari peristiwa-peristiwa sebanar dan bukanlah sekadar gambar hiasan.

 

 

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , ,

About Michael 'Flunk' Caesar

Just a nobody trying to be somebody.... add me on facebook hahaha (tu pon klu jumpak la hahaha)

More in this category (Isu Cinta, Luar Negara)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*