Home » Variasi » Tahukah Anda? » Fakta Menarik Tentang Tandas
Fakta Menarik Tentang Tandas

Fakta Menarik Tentang Tandas

Tak perlulah gamaknya untuk penulis memberikan maksud kepada tandas sebab majoriti pembaca adalah golongan remaja dan dewasa, tapi jika masih ada yang ragu-ragu dan tak tahu apa itu tandas, boleh lah menghubungi encik admin melalui ‘muka buku‘ beliau.

Tujuan artikel ini ditulis hari ini bukanlah untuk membuat survey tentang siapa yang tak kenal tandas dan siapa yang tak pernah guna tandas, tetapi untuk berkongsi bersama beberapa fakta yang menarik tentang tandas. Apa-apa pun jom layan dulu….

1. Jika menggunakan tandas awam, pastikan anda membasuh tangan anda selepas memegang tempat flush kerana di situ terdapat sejumlah 40,000 bakteria bagi setiap inci persegi. Almaklum lah, kebanyakan cleaner tandas mesti mengabaikan tempat kecil sebegitu dan menumpukan di lantai dan tempat-tempat lain.

toilet flush Fakta Menarik Tentang Tandas

2. Dalam setahun, manusia telah flush (secara tak sengaja lah kan) sebanyak 7 juta buah telefon bimbit ke dalam jamban. Di antara benda lain yang popular di flush kan ke dalam jamban adalah ikan emas, gigi palsu, stokin, seluar dalam, baju dalam, kasut, tikus, hamster, anak patung dan juga berus gigi.

phone flush1 Fakta Menarik Tentang Tandas

3. Secara purata seorang manusia menggunakan tandas sebanyak 2500 kali setahun iaitu sebanyak 6-8 kali sehari. Dengan itu, secara purata manusia menghabiskan 3 tahun sepanjang hidupnya di dalam tandas.

4. Semasa sedang flush, pastikan penutup toilet seat ditutup kerana sejumlah kecil najis anda akan lebih mudah berterbangan. Jauhkan berus gigi anda ketika sedang flush.

toilet cover instructions Fakta Menarik Tentang Tandas

5. Tandas menggunakan jumlah air lebih banyak dari penggunaan di dapur. Secara purata, seorang manusia akan menggunakan 75 liter air dalam sehari. Penggunaan dual-flush boleh menjimatkan sebanyak 25% dari jumlah tersebut. Boleh cari di Google kalau tak tahu apa itu dual-flush.

dual flush toilet1 Fakta Menarik Tentang Tandas

6. Kajian mendapati seorang lelaki memhabiskan 140 hari bercukur didalam tandas. Namun jumlah itu masih dikira sedikit berbanding wanita yang menghabiskan 3 kali lebih lama dari lelaki untuk aktiviti yang sama. Adakah ini bermaksud perempuan lebih ‘berambut’ berbanding lelaki???

young couple in bathroom woman putting shaving 8763 500x297 Fakta Menarik Tentang Tandas

7. Secara purata, kita perlu menukar lampin seorang bayi sebanyak 10,000 kali sebelum beliau belajar menggunakan tandas.

toilet training420w 420x0 Fakta Menarik Tentang Tandas

4 comments

  1. hehe..aku tak tahu pun nih…
    My recent post Komisen ke 74 dari TNX

  2. Fakta tambahan: Walaupun tandas blok S04 telah direnovate, tandas nye tetap tersumbat.. macam syial..
    My recent post Konsert Justin Bieber Malaysia- Flash Mob- Kekwat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top