Tahun ini Proton Satria Neo S2000 akan digunakan untuk berlumba di dua kejohanan rally terbesar iaitu , Intercontinental Rally Challenge dan FIA Asia-Pacific Rally Championship (APRC).
Kedudukan sekarang, kereta ini amat konsisten dan berada dalam kedudukan top 10 ketika berlumba dengan kereta dari jenama-jenama hebat yang lain seperti Peugeot, Skoda, Abarth, Subaru dan Mitsubishi.
Pasukan ini memenagi tempat ke 2 dalam Rally Scotland, ke 4 dalam Rally Rusia, ke 2 Rally New Zealand dan pertama dan ke 2 di Rally China.
Kereta ini juga dibina memenuhi spesifikasi yang dipersetujui FIA. Rakan sepasukan Proton, Mellors Elliot Motorsport (MEM) dengan bantu pemandu dari MEM sendiri, Chris Mellors, pasukan ini datang dengan kereta kecil, bergerak cepat dan mudah dan direkabentuk amat sesuai dengan pemandunya.
Chassis
- Apa yang dapat dicapai oleh Proton Satria Neo S2000 dari segi kereta rally, bahagian depan kereta yang paling kecil dan ketinggian bumbung paling rendah dalam kelasnya.
- Tempat duduk diubahsuai lebih kebelakang untuk memaksimumkan pembahagian berat (weight distribution) kereta tersebut dan sudah tentu kotak pedal dan kolum stereng boleh dilaraskan untuk kesesuaian pemandu.
- lebih kurang 35 meter tiub ringan Chrome Moly digunakan pada bahagian dalam kereta sebagai ‘roll cage’ untuk menjamin keselamatan pemandu dan pada masa yang sama menguatkan badan kereta.
- Badan kereta tersebut juga diubahsuai untuk menerima sistem 4WD yang digunakan kereta tersebut.
Enjin dan transmisi
- Enjin adalah dari Proton Waja 1800cc dan diubahsuai menjadi 2000cc. Kereta ‘normally aspirated’ (NA) atau kereta tanpa turbo ini, enjinnya mampu menghasilkan kuasa 278bhp @ 7600rpm dan tork 271Nm @ 7000rpm.
- Transmisi 6 kelajuan sekuen 4WD Super 2000 unit daripada Xtrac dengan 3-plated limited slip differentials dan sistem handbrake release. Nisbah di dalam kotak gear dapat ditukar dengan mengambil masa hanya 10 minit sementara seluruh kotak gear dapat ditukar dalam masa 12 minit.
- Menggunakan sistem semi-clutch di mana pemandu hanya menggunakan clutch ketika mula bergerak sahaja. Setelah bergerak, pemandu tidak perlu menekan clutch untuk menukar gear walaupun tanpa melepaskan pedal minyak.
Brek
- Set brek daripada Alcon dan menggunakan 4-pot aloi pencengkam disck beralur untuk membenarkan laluan angin masuk (Depan untuk jalan berbatu 300mm, jalanraya biasa 350mm; Belakang untuk jalan berbatu 300mm, jalanraya biasa 300mm). Kedengaran macam biasa tetapi dengan berat 1150kg Neo S2000 ini adalah lebih daripada cukup untuk pencapaian brek itu.
- Brek kecemasan (handbrake) adalah dari jenis hidraulik. Bersambung dengan kotak gear dan akan membebaskan axle belakang daripada ‘drivetrain’ apabila handbrake ditarik.
Suspensi
- Bahagian depan masih mengekalkan struktur MacPherson sementara yang belakang menggunakan susunan strut wishbone. Bunyinya simple tetapi teknologi ini membenarkan peredam menghasilkan jarak maksimum.
Elektronik
- Sistem GEMS multiplex dengan pengurusan kuasa dan Paparan Glass Dash. Sistem komputer mempunyai dua aturan (untuk mode berlumba dan untuk mode pada jalan biasa).
Roda
- Rim Speedline, X 18 untuk trek jalan biasa and 6.5 X 15 untuk trek berbatu dan berpasir.
Dimensi
- Panjang: 3905mm
- Lebar: 1800mm
- Wheelbase: 2440mm
- Berat: 1150kg (jalanraya biasa); 1,200kg (jalan berbatu dan berpasir)
Harga
- Sebenarnya Neo S2000 ini boleh dibeli jika anda mempunyai keinginan dan duit lebih dan harganya lebih kurang RM 1juta. Anda juga boleh membeli kereta yang telah digunakan oleh MEM.




09/09/2011 at 12:08 PM
xb`baloi nk beli s2000 dgn harga rm1juta.
drpd rm1juta blh buat 5 jenis kereta proton yg lbh bgs dr s2000.