Menara LEGO Tertinggi Dunia Di Brazil

Menara LEGO Tertinggi Dunia Di Brazil

Brazil: Permainan LEGO sangat popular sejak kita kanak-kanak lagi dan sehingga kini masih menjadi permainan yang digilai oleh kanak-kanak. Namun, membina menara dari LEGO setinggi 100 kaki ini bukan lagi kerja kanak-kanak.

Ketinggian tepat Menara LEGO ini adalah 31.19 meter dibina di Sao Paulo seterusnya memadamkan rekod menara LEGO tertinggi dunia sebelum ini yang dibina di Chile kurang 25 sentimeter.

Pemain bolasepak Brazil, Cafu diberi penghormatan untuk melengkapkan blok terakhir menara LEGO tersebut yang dibina di tempat letak kenderaan pusat beli belah disana.

Menurut LEGO, mereka menghantar pereka khas dari Denmark ke Brazil untuk acara ini. Menara ini mengambil masa 4 hari untuk disiapkan.

Menara LEGO pertama dibina di London pada tahun 1988 dengan ketinggian 15 meter. Kemudianya, semakin ramai yang berlumba-lumba untuk memecahkan rekod menara tertinggi dengan 53 buah bandar melibatkan 30 negara pernah mengambil bahagian untuk mencipta nama dengan membina menara LEGO.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Luar Negara)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

One Response

  1. hebat btl diorg.
    brpa diorg byr agak nya wat bnd 2.
    aku pun nk wat gak klu byr mahal.

    TQ.

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*