Home » Berita Pelik » Model India Akan Berbogel Untuk Kemenangan India
Model India Akan Berbogel Untuk Kemenangan India

Model India Akan Berbogel Untuk Kemenangan India

India yang terkenal dengan sifat rendah hati lebih-lebih lagi dalam tatacara pemakaian bagi wanita-wanitanya dikejutkan dengan janji seorang model popular yang berjanji akan berbogel jika pasukan kriket India memenangi Piala Dunia  2011 yang akan berlansung tidak lama lagi.

Poonam Pandey yang berusia 20 tahun adalah seorang model yang sangat dikagumi dan sekarang jualan kalendar pakaian renangnya antara yang terlaris dijual. Beliau percaya dengan tawarannya untuk berbogel ini pasti memberikan semangat kepada pemain India untuk memberi sepenuhnya ketika perlawanan kriket nanti untuk menang.

selangor2u.com

“Saya adalah peminat fanatik kriket, dan saya akan menyokong sepenuhnya pasukan kebangsaan saya. India perlukan sokongan dan cara ini adalah cara saya untuk menyokong. Saya yakin dengan badan saya akan mengembirakan pemain-pemain kriket India dan akan bermain lebih baik,” kata Pandey kepada wartawan.

Walaupun beliau berjanji tidak akan berbogel bukan untuk mencari publisiti, beliau tetap menerima banyak perhatian media.

Ini juga bukan kali pertama model menawarkan untuk berbogel atas sebab-sebab tertentu. Sebelum ini Larissa Riquelme, model dari Paraguay juga sebegini. Beliau akan berlari dalam keadaan bogel melalui jalan-jalan sekitar ibukota Asuncion jika pasukan bola sepak Uruguay menang Piala Dunia 2010. Ini juga menjadi inpirasi kepada Poonam Pandey untuk melakukan sesuatu kepada pasukannya.

7 comments

  1. nak mandi kat swimming poool pon make up.. haha
    My recent post Maizawati Selamat Lahirkan Baby Lelaki

  2. itu 1 cth buruk utk remaja yg semakin meninkat dewasa…

  3. dlm gambor elok comel ja, tp dlm vid dam najis ja

  4. apsal kepala senget time bercakap? ingat abes seksi la camtuh?

  5. anda kena berbogel kalau nak masuk askar…. hahaha
    My recent post Konsert Justin Bieber Malaysia- Flash Mob- Kekwat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top