Setup Emel Secara Profesional – @domain.com + Gmail

Setup Emel Secara Profesional – @domain.com + Gmail

Apabila mempunyai domain sendiri anda pastinya mahukan emel anda kelihatan seperti ini support@selangor2u.com, payment@selangor2u.com atau webmaster@selangor2u.com bukan? Namun, secara biasanya kita perlu login ke cpanel dahulu sebelum dapat masuk untuk membaca emel-emel yang di hantar ke peti emel tersebut.

Disini, saya terangkan bagaimana untuk anda foward kan emel-emel tersebut ke akaun Gmail anda. Kemudianya anda membalas emel juga melalui Gmail tetapi penerima emel tetap akan menerima emel tersebut seolah-olah anda reply menggunakan webmaster@selangor2u.com sebagai contoh.

Bina Akaun Emel di domain Anda

setup emel 1 Setup Emel Secara Profesional   @domain.com + Gmailsetup emel 2 564x251 Setup Emel Secara Profesional   @domain.com + Gmail

Disini saya telah bina emel mazuki@selangor2u.com. Kemudian untuk login ke akaun emel anda, sila ke >>http://domainanda.com:2095

Masukan emel anda(mazuki@selangor2u.com) dan kata laluan yang telah anda bina tadi. Setelah anda login paparan seperti dibawah akan kelihatan.

setup emel 3 564x231 Setup Emel Secara Profesional   @domain.com + Gmail

Ikut arahan seterusnya selepas anda klik butang >>Fowarding Options dan emel Gmail anda disitu (namaanda@gmail.com). Setelah selesai, semua emel tadi akan difoward terus ke emel gmail.

mazuki@selangor2u.com to mazuki.xxxxxxx@gmail.com

Setup Akaun Gmail

Login ke akaun Gmail dan lihat pada atas sebelah kanan ada butang >>Settings. Pada paparan Settings ini anda akan dapat lihat banyak tab seperti :

General>>Labels>>Accounts and Import>>Filters>>Forwarding and POP/IMAP>>dan lain-lain

Masuk pada ruangan Accounts and Import :
setup emel 4 564x263 Setup Emel Secara Profesional   @domain.com + Gmail
Seperti gambar diatas, setelah klik butang tersebut akan keluar ‘pop-up’ atau new window tab seperti dibawah :
setup emel 5 564x197 Setup Emel Secara Profesional   @domain.com + Gmail
Langkah seterusnya klik >>Next Step akan keluar paparan :
setup emel 6 564x101 Setup Emel Secara Profesional   @domain.com + Gmail

Pilih >>Send through Gmail dan klik >>Next Step. Langkah terakhir adalah verification emel >>mazuki@selangor2u.com untuk pengesahan. Mesej pada paparan ini seperti dinyatakan dibawah:

Before you can send mail as mazuki@selangor2u.com, we need to verify that you own this email address. To perform the verification click “Send Verification”. We will then send an email to mazuki@selangor2u.com with instructions on how to verify your address.

Ikut sahaja arahan yang dinyatakan klik butang >>Send Verification. Tak perlu untuk cari emel di emel domain anda (mazuki@selangor2u.com) kerana pada langkah awal tadi anda telah fowardkan emel ke akaun gmail. Jadi, tunggu sahaja emel verification ke emel Gmail.

Langkah terakhir di paparan >>Accounts and Import pilih :

setup emel 71 564x66 Setup Emel Secara Profesional   @domain.com + Gmail

 

Yeah…selesai!!! Anda Berjaya Menaikan 1 point ke arah Profesional Blogger!!!

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Sembang Blog, Tutorial Cpanel, Wordpress)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*