Superbus – Bas Termewah Dan Terlaju

Superbus – Bas Termewah Dan Terlaju

Sebuah teknologi hasil kajian selama 7 tahun dan menelan belanja sebanyak 11.5 juta Pound Sterling, kajian oleh pereka-pereka dari Belanda ini menghasilkan sebuah bas termewah dan juga terjalu didunia. Bas sepanjang 15 kaki ini mempunyai 6 tayar dan diberi nama Superbus sesuai dengan kebolehannya.

article 1376515 0B806C9900000578 173 634x434 500x327 Superbus   Bas Termewah Dan Terlaju

Sekilas pandang, rupanya yang seakan-akan Batmobile dan juga limusin yang panjang, bas ini mampu membawa sejumlah 23 orang penumpang dan mampu mencecah kelajuan 255km/h. Projek ini telah dilancarkan pada pameran Persatuan Pengangkutan Awam Sedunia di Dubai baru-baru ini.

Superbus 2 500x280 Superbus   Bas Termewah Dan Terlaju

Diperbuat dari bahan carbon fiber yang amat ringan dan menggunakan motor elektrik yang dikuasakan oleh bateri Lithium Polymer. Ia mempunyai panjang yang hampir sama dengan bas-bas yang lain, namun menggunakan set tayar belakang yang bebas bergerak untuk mengecilkan turning radiusnya (lebih kurang 10m).

Superbus 3 500x308 Superbus   Bas Termewah Dan Terlaju

Jurucakapnya, Wubbo Ockels, seorang bekas astronaut dari belanda turut mengatakan bahawa keistimewaan bas ini ialah ia boleh dipandu kemana sahaja yang dilalui oleh bas biasa. Dengan ketinggian yang boleh diubahsuai (adjustable) dan turning radius yang lebih kecil, ia dijangkakan boleh menjadi lebih baik dari bas biasa.

Superbus 4 500x206 Superbus   Bas Termewah Dan Terlaju

Projek ini dimulakan pada tahun 2004 dan diketuai oleh Antonia Terzi, yang pernah berkerja dengan pasukan BMW-Williams F1 team, dan menjanjikan bas ini selamat untuk dipandu walaupun pada kelajuan yang tinggi. Dengan pusat graviti yang rendah dan bentuk yang lebih aerodinamik, ia akan menjadikan bas ini sangat stabil dan jimat tenaga.

superbus 13 Superbus   Bas Termewah Dan Terlaju

Bas ini juga dilengkapi air-bags, televisyen, akses untuk internet dan pintu bukaan ke atas seperti Mercedes SL300 Gullwing bagi setiap penumpang. Superbus kini menunggu kelulusan pemeriksaan dari kerajaan Arab Saudi dan dijangkakan akan memulakan operasi di negara tersebut.

s2u.my

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , ,

About Michael 'Flunk' Caesar

Just a nobody trying to be somebody.... add me on facebook hahaha (tu pon klu jumpak la hahaha)

More in this category (Luar Negara, Permotoran)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

2 Responses

  1. myb 10 thn lg br masuk malaysia.

    TQ.

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*