Home » Berita Pelik » Bangkai Makhluk Asing Ditemui di Rusia – Video
Adobe Flash Plugin is required to see this video. Click Get The Latest Flash Player [Desktop]
or
Get The Free Flash Player Browser [Android User]

Bangkai Makhluk Asing Ditemui di Rusia – Video

ULAN-UDE – Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, menurut berita kosmo hari ini.

Seperti mana dalam video diatas, bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Klip video diatas menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk.

Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem. – kosmo-

du 04.1 Bangkai Makhluk Asing Ditemui di Rusia   Video

Entah kenapa penulis memang tak pernah nak percaya akan kewujudan UFO dan makhluk asing ini. Selain itu memang tak pernah nak ambil tahu banyak mengenainya.

Bagaimanapun, dalam dunia ini memang wujudnya pelbagai makhluk tuhan. Mengenai isu video makhluk asing ini adakah anda percaya?

3 comments

  1. salam singgah,
    tak mustahil ia makhluk halus. Selain bumi, kita ada planet lain. KIta pun tak tahu di planet tu makluk apa yang ada. Itu semua rahsia Allah.

    Seperti juga kita tidak mengetahui makhluk pelik-pelik dalam laut juga dalam tanah. Hanya orang yang bernasib baik yang dapat menemuinya seperti orang yang dibuka hijab untuk melihat makhluk ghaib seperti bunian, jin dan syaitan.

  2. Kuwujudan makluk asing yg disebut dlm quran makluk halus sahaja hantu jin syaitan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top