Wanita memang sinonim dengan keputihan. Setiap wanita samada dewasa ataupun remaja sering mengalami keputihan. Ini sebenarnya situasi biasa kerana keputihan bertindak untuk melindungi sel-sel dan dinding saluran faraj.
Apa Itu Keputihan?
Untuk sang teruna memang mereka tidak tahu apa apa mengenai keputihan. Tapi sedikit sebanyak perlulah ambil tahu terutamanya yang sudah berkahwin. Keputihan adalah cecair atau lendir yang di keluarkan oleh vagina yang dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron di dalam darah wanita.
Normalkah Kalau Ada Keputihan?
Selalu orang tertanya-tanya, keputihan ni benda normal atau ini satu jenis penyakit? Ada 2 jenis keputihan yang kita kena kenalpasti. Keputihan normal terjadi 14 hari sebelum haid. Waktu itu adalah waktu subur seorang perempuan. Hormone akan melimpah ruah untuk mempersiapkan kedatangan sperma ke dalam telur. Kiranya, keputihan itu menjadi daya penarik kepada sperma. Dan, bau keputihan yang sihat ini tidak busuk.
Keputihan yang tidak sihat pula adalah keputihan yang terjadi sepanjang masa, gatal-gatal, berbau busuk yang boleh menyebabkan kurang selesa semasa hubungan seksual.Keputihan itulah yang akan menjadi punca mandul. Biasanya, permulaan terjadi keputihan tidak sihat ini kerana kelembapan di bahagian vagina, sehingga menggalakkan pertumbuhan kulat, virus dan bakteria.
Kita sebenarnya tak boleh ambil mudah tentang perkara ini, sebab lama kelamaan, bakteria atau kulat dari vagina kita boleh menyebabkan cancer / tumor/ atau ketumbuhan rahim. Bau keputihan menjadi semakin membusuk, kadang-kadang disertai tompok-tompok darah. Lebih ketara lagi apabila kita melakukan hubungan seksual sehingga menyebabkan pendarahan. Tetapi, ianya bukan sekadar bau busuk dan gatal tetapi boleh merosakkan kilang telur, sehingga menyebabkan penyumbatan sel-sel telur dan seterusnya kemandulan.
Oleh itu, sekiranya keputihan yang tidak sihat terjadi. Silalah berjumpa dengan doktor. Setengah dari kita malu nak jumpa doktor bila berkaitan dengan masalah masalah sulit dan peribadi. Tapi percayalah, malu tu sebenarnya boleh membunuh kita. Dan di sini ada beberapa tips menjaga kesihatan vagina.
Tips Menjaga Kesihatan Vagina (Miss V)
1. Sentiasa keringkan Miss V setelah membasuh, sebelum memakai pakaian dalam.
2. Sering kemaskan bulu bulu disitu, sekaligus mengurangkan risiko untuk memerangkap kotoran dan bacteria.
3. Bersihkan Miss V menggunakan sabun feminine wash 2 hari sekali. Jangan basuh tiap-tiap hari kerana akan membunuh flora normal daerah Miss V.
4. Gunakan pakaian dalam yang berkualiti. Jangan beli jenis satin sebab akan memberi kesan kelembapan dan panas yang ketara di daerah Miss V kita. Sebaiknya pilih dari jenis cotton.
5. Rajin tukar tuala wanita semasa sedang haid.



23/04/2011 at 12:59 PM
mintak tips utk mr P plak hahaha
kot2 la ada kehitaman ka apa ka
23/04/2011 at 1:37 PM
golek2 aku gelak baca komen ko…dah mmg ko hitam leh jadi putih ke??? plek bebeno jadinya
23/04/2011 at 2:54 PM
hahaha bkn la aku mntak tips nk bikin mr P jd putih, just nak tau la gak kot penyakit tuan diberi nama 'kehitaman' plak haha
after all, the liquid from keputihan is not really putih rite? hahaha
23/04/2011 at 2:03 PM
mr P hitam? hahahha… y tu tak mudarat mike… i’allah kalau hang kahwin anak kompem ada…haha
23/04/2011 at 2:57 PM
mister K pon ada keputihan kalau belom sunat lagii~
25/04/2011 at 4:12 AM
takut nye saye tengok penyakit keputihan nie… hehehe..
My recent post Ahmad Idham Sambung Belajar Peringkat PhD di UUM
26/09/2011 at 8:32 PM
rawat la sebelum terlambat huhuhu
dapatkan info lanjut di sini
http://tinyurl.com/3ljm6xw
24/06/2012 at 11:28 AM
berjaga -jaga dgn keputihan klau nak bayar bil mai agro bazar kat sana ada bsn