Home » Berita Pelik » Bayi Kembar Siam – 1 Badan 2 Kepala (Gambar dan Video)
Bayi Kembar Siam – 1 Badan 2 Kepala (Gambar dan Video)

Bayi Kembar Siam – 1 Badan 2 Kepala (Gambar dan Video)

Seorang wanita melahirkan bayi perempuan kembar siam berkepala dua di wilayah Sichuan,China. Bayi tersebut berkongsi tubuh, mempunyai dua tangan dan dua kaki, dilahirkan secara pembedahan caesarean pada Khamis lepas.

Menurut media, bayi terbabit dipercayai mengalami dicephalic parapagus – sejenis kembar siam yang sangat jarang berlaku dan disebabkan bayi terbabit berkongsi tubuh, adalah mustahil untuk doktor memisahkan mereka.

“Pada awalnya, ibu bapa bayi itu enggan menerimanya kerana bimbang tidak mampu membesarkan anak mereka dengan baik kerana menyara hidup sebagai petani,” katanya.

Jurucakap itu berkata, kembar terbabit kemudian dipindahkan ke sebuah hospital berhampiran Chong- qing untuk diperiksa pakar.

1 badan 2 kepala 2 Bayi Kembar Siam   1 Badan 2 Kepala (Gambar dan Video)

1 badan 2 kepala 3 Bayi Kembar Siam   1 Badan 2 Kepala (Gambar dan Video)

Menurut akhbar Huaxi Metropolis Daily, kembar itu seberat 4 kilogram dan tinggi 51 sentimeter. Walaupun berkongsi tubuh, kembar itu memiliki dua tulang belakang dan saluran makanan bersaingan.

Pakar perubatan berkata, kembar dicephalic parapagus berlaku apabila sel telur gagal berpisah sepenuhnya dan amat jarang berlaku.

Walaupun kebanyakan kes dicephalic parapagus dilaporkan di Asia dan Afrika, kelahiran sebegitu pernah berlaku di Barat.

Antaranya, pada Julai 2009, Lisa Chamberlain, dari Portsmouth, melahirkan pasangan kembar Joshua and Jayden yang berkongsi tubuh namun hanya sempat hidup 32 minit selepas dilahirkan. – HMETRO

One comment

  1. assalammualaikum,sya dengar cerita awk sudah berkahwin…………..Betul ka ny awk?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top