Sebelum ini saya tunjukkan cara install Greasemonkey pada mozilla firefox, kini saya akan tunjukkan cara install greasemonkey pada Google Chrome kerana mungkin ada diantara anda yang berminat untuk membuang Photo Theater pada Facebook.
Caranya agak mudah cuma memeningkan kepala sedikit. ini kerana anda perlu memasukkan coding pada ruangan target di properties window.
Bagi Google Chrome, greasemonkey sudah siap terbina di dalamnya dan anda perlu lakukan sedikit pengubahsuaian. Untuk membuka properties window Google chrome, Right Click pada icon GoogleChrome dan pilih Properties.

Tidak semestinya terletak pada start menu seperti yang saya lakukan. Boleh juga Right Click pada icon di desktop. Tetapi sebelum itu, anda perlu buat shortcut baru untuk Google Chrome. Caranya:
pada desktop, klik kanan pada ikon Google chrome –> pilih “Create Shortcut”
Saya sarankan anda membuat shortcut kerana apabila sudah siap diedit, segala history serta bookmark akan hilang pada Google chrome yang diedit. Tetapi masih ada jika anda membuka Google Chrome yang asal. Ianya sama tetapi tidak serupa.
Setelah anda buka Properties window Google Chrome,
Pada ruangan target, anda akan dapati tertulis:
C:\Users\…….\AppData\Local\Google\Chrome\Application\chrome.exe
Anda perlu mengubahnya menjadi:
C:\Users\…….\AppData\Local\Google\Chrome\Application\chrome.exe
--enable-user-scripts --user-data-dir=c:\scripts
dengan menambah
--enable-user-scripts --user-data-dir=c:\scripts
Setelah sudah, Klik Button Apply dan kemudian klik OK. Kemudian, anda boleh “Rename” semula icon yang sudah diedit kepada “Google Chrome Greasemonkey” atau sebagainya ikut keselesaan anda. Jika anda “double click” pada icon yang sudah diedit, secara automatik direktori c:\scripts akan dihasilkan.
Disitulah script-scriptyang anda download akan disimpan.
Untuk mendapatkan script, pergi ke http://userscripts.org/scripts/show/96773
Klik install pada page tersebut dan satu window untuk confirmation akan muncul. Klik instal sekali lagi dan anda sudah selesai tutorial yang saya berikan. Anda boleh melayari laman web http://userscripts.org/ untuk mendapatkan lebih banyak lagi script yang berguna.
Untuk melihat script yang telah anda install:
klik gambar spanar dibucu kanan atas chrome —> tools —> extension
P/s: support untuk masalah mengenai penggunaan script yang bukan-bukan tidak akan diberikan ye. Harap maaf.


