Don Gorske, seorang pesara pengawal penjara telah menghabiskan burger ‘big mac’ nya yang ke 25000 pada Selasa lepas, 39 tahun sejak kali pertama beliau memakan burger tersebut.
Beliau yang berusia 57 tahun adalah pelanggan setia McDonald’s dan pemegang rekod dunia tidak mempunyai keinginan untuk berhenti untuk terus memakan Big Mac. Malah beliau merancang untuk terus memakan Big Mac sehingga akhir hayatnya.
Katanya, burger tersebut masih menjadi kesukaannya dan tiada apa-apa yang berubah selama 39 tahun memakannya.
Beliau mula jatuh cinta pada burger tersebut pada tahun 1972 setelah membeli 3 biji Big Mac untuk menyambut sempena kereta baru yang dibelinya. Kemudian beliau teruja dengan burger tersebut dan kembali ke McDonald’s dan memakan 9 biji burger sebelum McDonald’s tutup.
Pada hari Isnin beliau akan membeli sebanyak 6 biji burger dan 8 biji pada hari khamis. Kemudian, beliau akan simpan dalam peti sejuk dan memanaskannya apabila hendak makan. Oleh itu, beliau tidak perlu pergi ke McDonald’s setiap kali untuk memakan burger.



20/05/2011 at 3:41 PM
gila agaknya.
tp aku sndr gila mkn burger mcd.
heheheeheheheehehe…
TQ.