Kanak-Kanak Perempuan Terkuat Di Britain

Kanak-Kanak Perempuan Terkuat Di Britain

Charley Craig, kanak-kanak perempuan yang masih bersekolah, namun disebalik tubuhnya yang kecil molek itu, beliau sudah mampu mengangkat beban yang hampir sama dengan berat badannya, lantas telah diiktiraf sebagai kanak-kanak perempuan terkuat di Britain. Charley Craig mempunyai ketinggian 140cm dan berat lebih kurang 30kg sahaja.

Charley Craig 2 Kanak Kanak Perempuan Terkuat Di Britain

Charley, berasal dari Glasgow dan berusia 11 tahun berlatih mengangkat berat selama lebih 12 jam seminggu dan bercita-cita untuk memenangi Sukan Remaja Komanwel 2011 yang akan berlangsung pada september ini.

Charley Craig 3 Kanak Kanak Perempuan Terkuat Di Britain

kanak-kanak ini dilatih oleh abangnya sendiri, Daniel Craig, yang berusia 20 tahun da juga seorang atlit angkat berat. Menurut Daniel, beliau amat berbangga dengan pencapaian Charley yang amat luar biasa jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Charley Craig 4 Kanak Kanak Perempuan Terkuat Di Britain

Amanda Black, 37, ibu kepada kanak-kanak ini akan membawa beliau berlatih di gym setiap hari dan juga menjaga pemakanan kanak-kanak ini agar mendapat khasiat dan tenaga yang mencukupi. “Dia sama seperti kanak-kanak yang lain, menghiasi dinding bilik tidurnya dengan warna pink, memakai mekap dan membaca majalah fesyen. Namun apabila dia di gym, dia adalah atlit yang sangat serius dan berbakat,” Amanda Black.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , ,

About Michael 'Flunk' Caesar

Just a nobody trying to be somebody.... add me on facebook hahaha (tu pon klu jumpak la hahaha)

More in this category (Luar Negara, Sukan)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

5 Responses

  1. muka dia memang ada iras mak dia la plakk..
    My recent post Komisen ketiga dari 701panduan

  2. mmg tol2 gagah dak ni .
    mau jd jaguh angkat berat besor nnt .
    =.="
    My recent post Proses Pembentukkan Lelaki Menjadi Wanita

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*