Sekarang permainan online game di facebook menjadi isu hangat kerana dapat menggugat prestasi dan produktiviti seseorang.
Ianya bukan sahaja pada golongan kanak-kanak, malah orang-orang yang dah lanjut usia terkena fenomena ini sehingga sanggup duduk berjam-jam semata-mata untuk bermain game.
Apabila ketagihan sudah datang, seseorang itu akan,
1. Malas untuk menghabiskan kerja yang diberikan
2. Menangguh kerja-kerjanya
3. Mengurangkan kualiti dan mutu kerjanya
4. Membuang banyak masa
Antara contoh topik harian yang dibualkan di pejabat rata-rata mengenai game kepada individu yang sudah tegar bermain aplikasi di facebook ini,
1. Level berapa dah Farmville korang?
2. Macam mana nak dapat duit cepat eh?
3. Macam mana nak besarkan cafe aku?
4. Cuba korang kasi idea macam mana aku nak hias akuarium aku ni?
5. Transfer sikit kat aku chip bro?
Malah aplikasi game yang ada di facebook tiada penghujungnya. Individu akan terus teruja sehingga tidak mampu untuk berhenti lagi. Habis satu misi ada lagi misi yang lebih menarik dan hebat. Last-last apa yang dapat, habuk pun tiada kan. So bagi sesiapa yang sudah mula ketagih anda boleh la berubah supaya tidak terus hanyut.

04/05/2011 at 6:23 PM
dah lama dah stop… sebab lama2 main jadi boring…