Merujut kepada berita dari Mstar Jumaat Mei 20 2011, kerajaan akan menetapkan harga baru untuk RON95 paling lewat pada awal bulan depan dan kajian terperinci bakal dibuat sebelum menetapkan harga baru bagi RON95 ini.
Berita hanya menyebut harga baru tetapi secara mudahnya kalau difikirkan logik pastinya untuk menaikan harga. Ini kerana objektif kerajaan untuk mengurangkan pemberian subsiti merujuk kepada kenyataan Mstar ini.
Ismail Sabri berkata, semakan setiap enam bulan itu bukan dilakukan untuk membatalkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi mahu mengurangkan tanggungan subsidi kerajaan secara berperingkat-peringkat.
Rakyat juga sudah bosan setiap kali kenaikan harga minyak petrol di Malaysia pastinya akan keluar perbandingan harga minyak petrol di Malaysia dengan negara-negara serantau terutamanya.
Jelas beliau, harga petrol di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding China yang menjual petrol RON 93 pada harga RM3.80 seliter manakala Indonesia, RM3.20 bagi petrol RON92.
Kerisauan rakyat mengenai kenaikan harga minyak kerana kesannya secara langsung akan melibatkan kenaikan harga barang gunaan harian yang lain. Justeru itu kos hidup semakin hari semakin meningkat dan gaji pula tetap seperti biasa.
Tampak seperti tiada harapan untuk harga petrol ini akan menurun pada masa hadapan.
Merujuk kepada wawancara bersama Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin,Sinar Harian,Rabu,05 Januari 2011 “Kesan Kenaikan Minyak Dunia, Malaysia Untung atau Rugi?” Dibawah adalah ringkasanya:
1. Bolehkah Harga Bahan Api Ini Diturunkan?
- YA!! Boleh. Harga pasaran dunia naik dan turun di Malaysia harga semakin naik dan tidak pernah turun.
2. Bagaimana Boleh Untuk di Jual Dengan Murah?
- Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan anggota OPEC. Jika harga pasaran naik, keuntungan kepada Malaysia akan berganda.
3. Maknanya Kenaikan Harga Minyak di Pasaran Dunia Tidak Merugikan Malaysia?
- YA Benar. Bukan setakat tidak merugikan malah mendapat keuntungan berganda.
4. Dengan Berbillion Untung, Lebih Banyaklah Subsidi?
- Jika tiada subsidi pun harga minyak masih mampu untuk diturunkan apatah lagi dengan adanya subsidi.
5. Adakah Benar Ada Subsidi dan Siapa yang Menerimanya?
6. Jadi Berapakah Subsidi Minyak Kepada Rakyat?
7. Jika Tiada Subsidi Rakyat Terpaksa Membeli Dengan Harga yang Mahal?
- Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik adalah dengan menyerapkan terus keuntungan PETRONAS kedalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual dalam negara. Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan PETRONAS menjual minyak pada harga yang lebih murah.
8. Benarkah Stok Minyak Kita Akan Habis?
- Saya mendapat maklum balas ramai dari bekas pelajar saya yang menjadi jurutera PETRONAS dan kawasan carigali. Untuk satu jangka masa yang amat lama, dakwaan ini(merujuk kepada stok minyak akan habis) adalah tidak benar.
9. Formula ini telah Prof Cipta Pada 2008 tetapi Tidak Di Terima Oleh Kerajaan?
- Asalnya pun, formula ini dihasilkan atas permintaan seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai di Malaysia sekarang adalah betul pada mereka(kerajaan) tetapi salah pada rakyat.
10. Harapan Prof?
- Saya sedia untuk berkongsi formula ini dengan parti politik yang mahu memerintah negara supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat. Insyallah jika pemerintah menggunakan formula ini semua rakyat akan menjadi kaya dan dalam masa 3 tahun Malaysia akan jadi “World Reserve Bank”.
Soalan dan jawapan adalah olahan penulis. Untuk membaca wawancara penuh dan soalan 4 & 5 sila ke pautan ini [wawancara penuh]

