Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

Isu telur tiruan dari negara China pernah hangat baru baru ini. Diam tak diam, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi.

Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit  mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.

Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90minit:

2 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

1: Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.

3 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

2: Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.

4 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

3: Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu

5 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

4: Perbezaan daging babi yang telah diekstrak dengan yang asli.

6 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

5: Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas dimasak selama 2 jam memasak. Daging babi telah di ekstrak mirip dengan daging lembu.

7 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga dari daging lembu, dan ini  berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) jika 25 kg daging digunakan.

Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, Bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu didalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini kedalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi.

10 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

8 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

Dan baru-baru ini, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa  ”ekstrak daging lembu” yang banyak di edar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi “daging lembu”. Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa “ekstrak daging lembu” telah menjadi  ”resepi rahsia” di beberapa restoran-restoran kecil. Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser.

Tak mustahil ‘kepakaran’ ini akan sampai ke Malaysia. Seeperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kena lah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging.

Sumber: MyChinaViews.com

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

About devotedlily

Perempuan yang sangat sukakan kecantikan. So, plz dont hate me coz im beautiful! Visit me here... Blog Comel! & Facebook.. Drop by some words =)

More in this category (Luar Negara)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

5 Responses

  1. Ishk…geli geleman plak rasa…mcm2 la skrang ni…psl telur la..then pasal daging lak..senang2 beli daging yg fresh dari ladang je…

  2. salam..

    kepada author..

    mohon agar dapat sisip kan kisah berikut di dalam s2u.. harap2 berjaya..
    http://kakciknurseroja.blogspot.com/2011/05/pangg
    atau http://ondscene.my/kemasyarakatan/azmir-adzha-hid

  3. hebat sunguh org skrg nie…
    harap2 jgn smpai kat malaysia nie…

    syabas buat devotedlily dgn artikel nie…

    TQ.

  4. nauzubillah, janganlah kita beli sebarangan lembu kotak ke produk dari China memang banyak yang tiruan, depa memang suka meniru. semua benda nak ditiru, lepas tu jual.
    Sebarkanlah jika ada berita sebegini lagi. terima kasih

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*