Lelaki Paling Pendek Didunia – Junrey Balawing Dari Filipina

Lelaki Paling Pendek Didunia – Junrey Balawing Dari Filipina

Sebelum ini rekod lelaki paling pendek di dunia dipegang oleh Khagendra Thapa Magar yang berasal dari Nepal. Terbaru Guinness World Records secara rasminya mengiktiraf Balawing yang berasal dari Filipina sebagai lelaki paling pendek di dunia setelah dia berusia 18 tahun.

Ketinggian Khagendra Thapa Magar adalah 67 cm manakala Balawing hanya 60 cm, 7 cm lebih pendek dari Khagendra.

Menurut bapa Junrey, anaknya hanya boleh mula berjalan ketika berusia 5 tahun dan tumbesarannya mula terbantut selepas 2 bulan dilahirkan.

Doktor juga tidak mempunyai alasan yang kukuh mengenai apa yang sebenarnya terjadi kepada Junrey. Doktor hanya membuat andaian yang Junrey mungkin mengalami kecacatan ketika dilahirkan.

Junrey juga berhenti sekolah kerana selalu diganggu oleh rakan-rakan sebayanya.

Walaupun tiada imbuhan wang ringgit diberikan dengan pengiktifan rekod ini, ibubapa Junrey tetap gembira dan juga berharap ada pihak yang akan memberikan sumbangan kepada Junrey untuk menampung kos ubat-ubatan.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Luar Negara)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

2 Responses

  1. pendek nye…kuasa Allah..syukurla pada Tuhan bagi kita yang hidup normal ni..

Pingbacks/Trackbacks

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*