Reborn Babies: Patung Bayi Yang Seakan-akan Bayi Sebenar

Reborn Babies: Patung Bayi Yang Seakan-akan Bayi Sebenar

Reborn Babies, sejenis patung bayi yang menyerupai bayi sebenar, kini semakin mendapat perhatian dan permintaan di Britain dan US. Patung ini sangat realistik dan mempunyai rambut, kuku, bulu mata, pembuluh darah dan juga titisan air liur pada bibir mereka. Patung ini dijual dengan harga serendah £300 sehingga ada yang mencecah £1500.

baby2 Reborn Babies: Patung Bayi Yang Seakan akan Bayi Sebenar

Patung-patung ini kebanyakannya ditempah oleh peminat dan pengumpul anak patung, namun ada juga sebilangan dari mereka yang menempah patung ini kerana untuk mengurangkan kesedihan terhadap anak-anak yang telah meninggal dunia.

Seorang pereka grafik untuk patung ini, Briton Nikki Hunn mengatakan patung ini telah banyak membantu mereka yang kehilangan anak. Hampir kesemua daripada mereka membeli patung ini sebagai hiasan yang diletakkan di dalam buaian, namun ada juga yang membawa bersiar-siar dan bercuti bersama pasangan.

baby3 Reborn Babies: Patung Bayi Yang Seakan akan Bayi Sebenar

Sebuah rancangan dokumentari yang pernah diudarakan pada 2008 mendapati wanita bekerjaya pada usia 40-an yang terlalu sibuk dengan kerja masing-masing lebih cenderung untuk membeli patung ini. Menurut mereka, patung ini tidak perlu diberikan tumpuan dan tidak memberi kerenah seperti bayi yang sebenar.

baby4 500x375 Reborn Babies: Patung Bayi Yang Seakan akan Bayi Sebenar

Patung ini juga dikatakan mendapat permintaan dikalangan wanita muda yang sedang dalam perancangan untuk berkeluarga sebagai latihan untuk mereka sebelum mendapat bayi sebenar. Turut dikatakan hormon-hormon pembiakan wanita meningkat apabila melihat patung ini didalam buaian dan mereka semakin ‘giat’ untuk mendapatkan bayi.

baby5 500x375 Reborn Babies: Patung Bayi Yang Seakan akan Bayi Sebenar

Walaubagaimanapun, patung ini turut mendapat kritikan daripada pakar-pakar psikologi. Mereka menentang aktiviti membeli patung ini untuk mengubati kesedihan terhadap anak yang telah meninggal dunia.

baby6 500x375 Reborn Babies: Patung Bayi Yang Seakan akan Bayi Sebenar

Manusia perlu belajar untuk melepaskan perkara silam, dan jika mereka membeli patung ini semata-mata untuk mengingati anak yang telah meninggal dunia, mungkin ini akan memberi impak terhadap kesejahteraan rumah tangga.

baby7 500x375 Reborn Babies: Patung Bayi Yang Seakan akan Bayi Sebenar

P/S: Pendapat tidak professional dari penulis, banyak kebaikan boleh didapati dari patung ini melebihi keburukannya. Jika ada pasangan yang kehilangan anak, patutlah mendapatkan pendapat dari pihak tertentu sebelum membeli patung ini. Suami harus meninjau isteri kerana takut mereka akn menjadi obses terhadap patung ini dan menggangu kesihatan mental mereka.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , ,

About Michael 'Flunk' Caesar

Just a nobody trying to be somebody.... add me on facebook hahaha (tu pon klu jumpak la hahaha)

More in this category (Luar Negara)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

One Response

  1. bayi yg tak besar2..hmmm…menakutkan pun da gak..
    My recent post Jawatan Kosong Di Tenaga Nasional Berhad TNB

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*