Seekor rusa dari Wilayah Jilin, China didapati bakal memiliki sepasang lagi tanduk walaupun sebelum ini ia sudah memiliki 2 pasang tanduk. Kejadian ini amat luar biasa kerana bagi rusa yang normal hanya memiliki sepasang tanduk sahaja.
Pemiliknya, Zhou Dianfu, seorang penternak dari China mula perasan akan sepasang tanduk yang bakal tumbuh setelah merasakan bonggol kecil di kepala rusa tersebut beberapa hari yang lepas.
Sebenarnya, ini bukanlah tanduk asal bagi rusa tersebut kerana tanduk asalnya telah patah apabila bergaduh dengan rusa yang lain. Selepas dari itu, 2 pasang tanduk yang baru telah tumbuh untuk menggantikan tanduk yang patah, dan kini sepasang lagi mula kelihatan untuk tumbuh dan membawa jumlah 6 batang tanduk kesemuanya.
Setiap kali musim mengawan, rusa- rusa ini akan berlawan sesama sendiri bagi menarik perhatian pasangan untuk mengawan. Rusa betina akan memilih pasangan yang berjaya menawan hati mereka dengan kegagahan yang ditunjukkan.



20/06/2011 at 8:33 AM
dah boleh agak dah rusa mana yang menang. mesti rusa yang paling banyak tanduk no1 popular
20/06/2011 at 12:32 PM
yg pnting dia gagah haha
20/06/2011 at 3:03 PM
manusia bertanduk syaitan pon ramai..hehee