Tidak Mandi dan Bercukur Selama 37 Tahun

Tidak Mandi dan Bercukur Selama 37 Tahun

INDIA – Kailash,65, seorang petani di India telah berhenti dari mandi sejak tahun 1974 selepas mendirikan rumah tangga. Selain tidak mandi, dia juga tidak lagi mencukur janggutnya dan rambutnya.

Kailash percaya dengan pengorbanan yang dilakukannya ini, tuhan akan mengurniakan kepada dirinya anak lelaki. Dia masih menunggu anak lelaki pertamanya selepas dikurnia 7 orang anak perempuan.

Cara untuk dia menyucikan diri adalah dengan ‘mandi api’ pada setiap petang yang melibatkan menghisap ganja, berdoa kepada Tuhan Hindu Siva dan menari di sekeliling unggun api.

Menurut isterinya Kalavati Devi, 60, dia pernah cuba memaksa suaminya itu untuk terjun ke sungai (mandi) tetapi Kailash melawan dan melarikan diri. Kailash menyatakan dia sanggup mati daripada mandi dan jika dikurniakan anak lelaki mungkin dia akan merubah fikirannya kelak.

Kalavati Devi pernah mengugut suaminya untuk tidak tidur bersama jika tidak mahu mandi namun dia akhirnya terpaksa akur dengan kehendak suaminya itu dan harus setia serta bersabar dengan bau itu.

Walaupun orang ramai mengutuk tindakannya itu, bagi Kailash orang ramai tidak memahami dirinya dan sebenarnya semua ini adalah permintaan dari Tuhan.

kailash 2 Tidak Mandi dan Bercukur Selama 37 TahunMenunggu kelahiran anak lelaki pertama yang mungkin akan mampu mengubah fikirannya untuk mandi.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Luar Negara)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

5 Responses

  1. aku rse..jarak bau bdan uncle ni 20batu dh blh cium

  2. susah mo cakap

Pingbacks/Trackbacks

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*