Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia

Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia

 

Orang yang berbadan besar selalu mengidamkan badan yang kurus sampai sanggup melakukan apa sahaja walaupun tindakan itu boleh membahayakan diri dan kesihatan mereka seperti yang terjadi kepada Malissa Jones.

Malissa Jones, 21 tahun, telah menjalani pembedahan pemintasan gastrik (gastrick bypass) termuda di Britain 4 tahun yang lalu. Ketika itu beliau dikategorikan remaja wanita paling obese di Britain dengan berat maksima 216kg. Dan dengan bantuan dana dari National Health Service sebanyak GBP 10 000, beliau telah menjalani pembedahan tersebut pada Januari 2008 untuk mengurangkan berat badannya.

Apa Itu Pembedahan Pemintasan Gastrik?

gastric bypass Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia

Pembedahan ini bertindak untuk ‘mengecilkan saiz perut’ dan ini bukanlah perkara baru di kalangan kita memandangkan salah seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Syanie, juga telah menurunkan berat badan sebanyak beberapa puluh kilogram dengan cara yang sama.

Ketika obese, Malissa kebiasaannya akan mengambil sehingga 15 000 kcal sehari (kebanyakkannya datang daripada makanan ringan) sedangkan pengambilan kalori yang disyorkan hanyalah secara purata 2000 kcal sehari.

malissa hospital 210x300 Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia

Selepas menjalani pembedahan Malissa mengalami pengurangan berat badan yang mendadak. Apabila sudah kurus, beliau mula berjinak-jinak dengan dunia clubbing, sehingga beliau mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan intim bersama dengan teman lelaki beliau, Chris Robottom. Walaupun ketika mengandung, Malissa tetap mengamalkan diet yang sangat ekstrim iaitu dengan hanya mengambil 300 kcal sahaja sehari. Enam bulan kemudian, bayi yang dikandungnya terpaksa dilahirkan secara pembedahan Caesarean kerana mengalami komplikasi ketika mengandung. Malangnya bayi tersebut mati kerana tidak menerima zat-zat penting akibat dari diet Malissa yang melampau.

Selepas kematian anaknya Malissa menjadi semakin murung. Menu harian beliau hanyalah 3 batang lobak, beberapa hidangan sayur rebus dan sebiji kentang. Badan beliau semakin menyusut dan doktor kini mengesahkan dia mengidap ANOREKSIA. Dan doktor memberitahunya dengan serius beliau bakal menemui maut dalam masa 6 bulan sekiranya beliau tidak meningkatkan kadar pengambilan makanannya! Berat beliau kini ialah 50 kg dan bagi gadis berketinggian 5 kaki 8 inci seperti Malissa, ini dianggap tidak ideal.

skin Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia

 

Melissa dengan nada kesal memberitahu,

Saya bukannya suka-suka tak mahu makan banyak, tetapi saya lebih rela mati daripada memaksa diri saya makan dengan lebih banyak. Menelan setiap makanan itu amat menyakitkan dan sejumlah makanan yang kecil sahaja sudah mampu membuat perut saya kejang (kesakitan). Sekiranya saya diberi peluang, saya lebih rela kekal gemuk. Saya tidak mahu mengambil jalan mudah (pembedahan) semasa hendak menurunkan berat badan dahulu. Dan saya menasihati rakan-rakan di luar sana yang berhasrat hendak melakukan pembedahan untuk menurunkan berat badan agar melupakan sahaja hasrat itu, sebaliknya turunlah berat secara sihat”.

Dr Funke Baffour daripada Waltham Cross, Herts berpendapat mungkin terdapat faktor psikologi untuk masalah obesiti Malissa yang tidak dapat ditangani oleh ‘gastric band’ (merujuk kepada pembedahan pemintasan gastrik). Berkemungkinan juga Malissa takut untuk menjadi obese kembali, maka dengan itu beliau tidak mahu makan.

Sumber: Dailymail

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

About devotedlily

Perempuan yang sangat sukakan kecantikan. So, plz dont hate me coz im beautiful! Visit me here... Blog Comel! & Facebook.. Drop by some words =)

More in this category (Luar Negara)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

2 Responses

  1. This is really tragic. I thought her life would be better if she maintain to keep healthy lifestyle. I just hope that the doctors could be able to help her deal with her anorexia disorder. And I just hope that she could refrain from clubbing as well as unhealthy habits of eating junk food. But it is also not nice if she will starve herself with her carrot diet.
    My recent post ¿Dónde comprar alpiste

  2. diet ada cara nye..member ak boley kurgkan berat badan dalam masa 2 bln….berat dia turun sebnyk 15kg.rahsia dia..kawal pemakanan..n bersenam…nafsu makan kena kawal..

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*