Mesin taip atau typewriter dalam bahasa inggerisnya adalah sebuah alat mekanikal yang banyak memberikan sumbangan kepada manusia semenjak hampir 3 abad yang lepas. Namun, penggunaannya kian pupus dan lapuk ditelan zaman yang kian maju dan kemunculan peralatan moden seperti komputer dan laptop menjadikan mesin taip semakin basi.
Jika anda masih memiliki mesin taip, mungkin anda akan berfikir dua atau tiga kali sebelum membuangnya kerana seorang pereka dari US telah melakukan pengubahsuaian terhadap mesin taip lama agar ianya boleh digunakan seperti keyboard biasa dengan menggunakan port USB, malahan ia juga boleh digunakan bersama iPad dan kebanyakan Tablet PC!
Rekaan ini diilhamkan oleh Jack Zylkin dan boleh dibeli di laman jual beli Etsy.com dengan harga 700 ke 800 USD dan jika anda memiliki mesin taip, Jack juga telah mereka set Do-It-Yourself (DIY) dengan harga 74 USD yang membolehkan anda memasang sendiri litar-litar berkenaan.
Dengan hanya menggunakan beberapa komponen tambahan seperti wayar, papan sensor, papan USB interface dan suis Reed, anda boleh menghasilkan USB Typewriter anda sendiri. Kesemua cara-cara pemasangan dan kalibrasi ditunjukkan dengan lengkap di laman web USBTypewriter.com.
Jack mula memperkenalkan rekaannya ini semenjak Julai 2010 yang lepas dan sehingga kini rekaannya semakin mendapat sambutan hangat. Butang-butang seperti F1 sehingga F12, Ctrl, Alt dan pelbagai lagi turut boleh digunakan dengan menggunakan butang toggle istimewa. Penggunaan kertas di mesin taip ini adalah masih praktikal kecuali pada butang Backspace hahaha.





04/06/2011 at 3:46 PM
mesti pak cik mak cik yang dulu pakai mesin taip kalau menaip guna PC duk tekan gila2…