Select Page

Wanita: Kasut Tumit Tinggi, Selamatkah?

Trend kasut tumit tinggi kini semakin menjadi-jadi, kerana wanita wanita percaya memakai kasut tinggi membuatkan mereka kelihatan elegan dan berkeyakinan. Tetapi mereka tidak tahu akan bahaya yang mengundang daripada pemakaian kasut tumit tinggi.

Menurut BBC News, trend kasut tumit tinggi yang semakin popular bakal menjadi penyebab utama penyakit arthritis (sakit sendi) di kalangan wanita UK selepas obesiti. Hasil survey yang dijalankan menunjukkan 1/4 wanita daripada keseluruhan 2000 responden mengenakan kasut tumit tinggi sebagai pakaian wajib yang dipakai hampir setiap hari.

Kesan Buruk

Memakai kasut tumit tinggi dengan kerap akan mendatangkan masalah bukan hanya kepada kaki , tetapi kesannya juga dapat dilihat pada bahagian tubuh badan yang lain.

Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont mendapati seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50% lebihan tekanan manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% lebihan tekanan pada kaki.

Menurut S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP),

Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”

Kenapa Kasut Tumit Tinggi Tidak Selamat?

Pertama

Selain menyebabkan kematu, iaitu sebahagian lapisan kulit yang mengeras akibat geseran di antara kasut dan kaki, pembentukan ‘hammertoe’  akan berlaku jika kita memakai kasut tumit tinggi dengan kerap untuk tempoh jangka masa yang panjang. Ini kerana ruang kasut tumit tinggi yang meruncing dan sangat sempit di bahagian hadapan, dan memberikan tekanan yang lebih pada tapak kaki hadapan dan jari kaki. Kecacatan yang terdapat pada jari ke 2,3 & 4  ini pasti tidak dapat diluruskan meskipun anda sudah menanggalkan kasut.

Kedua


Pemakaian kasut tumit tinggi berisiko memendekkan tendon Achilles. Tendon Achilles merupakan penghubung yang menghubungkan otot betis (calf) dengan tulang tumit dan ia berfungsi untuk memastikan jari jari kaki fleksibel ketika berjalan. Tetapi, pemakaian kasut tumit tinggi boleh menjauhkan tapak kaki daripada bersentuhan/selari dengan permukaan tanah, dan ini mengakibatkan tendon Achilles anda tidak dapat ‘memanjang’ sepenuhnya. Lama-kelamaan, tendon ini akan menjadi pendek sehinggakan menimbulkan rasa tak selesa apabila mengenakan kasut rata.

Ketiga

Kasut rata akan bertindak mengagihkan berat badan secara sama rata ke seluruh kaki. Tetapi, kasut tumit tinggi bertindak sebaliknya dengan memberikan keseluruhan berat badan pada hujung kaki anda. Semakin tinggi tumit kasut, maka semakin tinggi daya yang dikenakan pada kaki dibahagian jari ini. Jika anda mengenakan kasut tumit tinggi hampir setiap hari, anda pasti akan merasa ketegangan dan kesakitan pada kaki bahagian hadapan anda (osteoarthritis).

Ke-empat

Kesan pemakaian kasut tumit bukan hanya pada kaki, tetapi tulang belakang juga akan terjejas. Ini kerana, perubahan satah tumit menyebabkan badan anda lebih ke hadapan berbanding biasa, dan menyebabkan sakit belakang. Selain itu,  ini juga mengakibatkan kedudukan pelvis ‘lari’ sedikit ke hadapan. Untuk menyeimbangkan kembali berat, anda secara semulajadi akan menggerakkan kepala dan dagu sedikit ke hadapan,seterusnya mengakibatkan sakit leher apabila memakai kasut tumit tinggi.

Cara Untuk Mengurangkan Risiko Di Atas

  • Tumit kasut tidak terlalu tinggi
  • Pilih kasut tumit tinggi yang hujungnya tidak meruncing,dan pastikan jari kaki anda selesa.
  • Pilih kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber (strukturnya lembut), jangan pula pilih yang terlalu keras sehingga membuatkan kaki melecet!
  • Penggunaan Insolia membantu dalam menyeimbangkan kembali berat badan yang tertumpu kepada hujung kaki supaya diseimbangkan kepada bahagian tumit.

Pemakaian kasut tumit tinggi bukanlah 100% tidak digalakkan, cuma untuk pemakaian yang kerap dalam jangka masa yang panjang mampu memberikan risiko risiko seperti di atas.

About The Author

devotedlily

Perempuan yang sangat sukakan kecantikan. So, plz dont hate me coz im beautiful! Visit me here... Blog Comel! & Facebook.. Drop by some words =)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *