Kerap kali kita dengar seorang wanita yang sering merungut tentang perihal berta badan mereka yang makin hari makin naik, atau semakin mereka cuba berdiet tapi semakin naik pula berat badan mereka. Manakala lelaki yang berdiet sering kali menemui kejayaan. Walaupun kejayaan itu tidaklah sebesar mana, tetapi masih ada juga perubahan yang mereka berjaya lakukan.
Berikut merupakan 7 sebab mengapa lelaki lebih mudah untuk turunkan berat badan berbanding kaum wanita:
1. TIDAK MENGIDAM MAKANAN MANIS
Kebanyakan wanita mengidam makanan manis seperti aiskrim dan coklat ketika sedang berdiet, tetapi tidak kepada lelaki. Mereka memilih sesuatu yang lebih mengenyangkan seperti stik. Kajian dari Cornell University, mendapati wanita kebanyakannya akan mencari makanan yang manis untuk mengurangkan tekanan manakala lelaki lebih cenderung untuk makan makanan berasaskan daging di masa-masa tertentu. Ini memberikan kelebihan kepada lelaki kerana mereka makan makanan yang mengandungi protein, mengenyangkan, dan elak makan secara berlebihan dan ianya jauh lebih baik daripada kek coklat kegemaran wanita.
2. TIDAK STRESS DAN MARAH APABILA GAGAL MENURUNKAN BERAT BADAN

Wanita cenderung untuk tertekan dan memikirkan tentang kegagalan itu. Kemudian mula mengurung diri di dalam rumah dan mengasingkan diri daripada orang lain. Berlainan pula dengan lelaki mereka masih boleh tersenyum sambil menikmati snek di depan televisyen dan bersedia untuk meneruskan usahanya untuk kurangkan berat badan tanpa rasa kecewa dan marah.
3. MEMBUAT LATIHAN ANGKAT BERAT

Apabila berada di gym, mereka selalunya akan memilih jenis latihan angkat berat yang membantu untuk membina otot dalam masa yang singkat, dengan menggunakan banyak otot dalam satu masa. Manakala bagi wanita, mereka akan memilih dumbell yang ringan dan membuat latihan yang sempurna tetapi dalam jumlah yang sedikit.
4. DIA TIDAK MENGGUNAKAN MAKANAN SEBAGAI TERAPI

Wanita juga mengalami tekanan perasaan seperti lelaki tetapi kaum wanita selalunya akan makan dengan banyak ketika tertekan. Kemudian, mereka akan rasa bersalah kerana makan bertalu banyak dan menjadi lebih tertekan sehingga mempengaruhi untuk makan dengan lebih banyak lagi. Tetapi lain pula si lelaki yang tidak fikir bahawa makanan boleh meningkatkan kembali mood mereka. Anda juga harus lah begitu.
5. LUAHKAN RASA MARAHNYA

Orang lelaki memilih untuk melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan ‘fizikal’ untuk melepaskan kemarahan mereka seperti berlari atau kickboxing. Manakala kebanyakan wanita cenderung untuk ‘menelan’ segala masalah yang mereka hadapi dengan pelbagai jenis makanan! Oleh itu, jika anda berasa marah, cuba biasakan diri dengan melakukan sesuatu aktiviti yang boleh mengubati kemarahan anda selain MAKAN. Anda boleh berlari di tepi pantai atau mungkin berjalan-jalan di kawasan taman rekreasi berdekatan untuk menenangkan fikiran.
6. MELUANGKAN MASA UNTUK DIRI SENDIRI
Bila orang lelaki dalam keadaan marah, dia tak terus menuju ke peti sejuk macam kebanyakan orang perempuan. Mereka tidak mencari coklat atau aiskrim untuk menyejukkan hati. Tetapi wanita jika sedang marah, mereka sanggup ambil cuti kerja! Bagi kebanyakan wanita, satu-satunya penawar kemarahan mereka adalah makan dan juga shopping!
7. TIDAK PERNAH BERPANTANG!

Wanita jika sedang berdiet, macam macam pantang dan larangan yang mereka buat sehingga mereka sendiri pon tidak tahan untuk ikut pantang yang mereka cipta sendiri. Kajian mengenai perbezaan makanan dan diet pada lelaki dan wanita di Austria mendapati pendekatan kaum lelaki terhadap khasiat sesuatu makanan tidak rumit dan lebih selesa untuk diamalkan. Mereka masih lagi makan snek semasa menonton televisyen tetapi mereka akan makan dengan kuantiti 1/3 daripada kuantiti yang mereka biasanya ambil. Manakala kajian di US pula mendapati secara purata, wanita yang sedang berdiet selalunya akan makan secara berlebihan selepas berdiet dengan beranggapan yang mereka akan meneruskan diet tersebut supaya kurang rasa bersalah terhadap diri sendiri.
Untuk menurunkan berat nadan kita perlu tahu amalan yang menyihatkan yang dapat membantu menurunkan berat badan. Bukan mengawal dan menyekat pengambilan makanan semata mata.


10/08/2011 at 7:16 AM
Hehe suka sangat artikel ni…leh forward kat mana2 awek yg tgh berdiet…